nukilan

Thursday, September 12, 2013

BAHAGIAN - 4


24 Julai 2013 = 15 Ramadhan 1434H
lebih kurang jam 12.10 tghari, ( kalau tak silap la ) saya keluar dari dewan bedah. orang pertama yg dilihat ialah Abg. Ooo..Abg ada di luar sepanjang saya menjalani pembedahan. di usung dari tingkat 1, ke wad 3 barat semula. katil no 2. ngantok sgt2. bahasa kasarnya lalok ehh. mata mcm nak bukak sepenuhnya tapi tak daya. saya diberi lihat ketumbuhan yg ada di dalam perot. tercengang. itu ke bendenya yang duduk dalam perot selama bertahun2 ni. besar jugak. eiieiihhh.



 sejurus kemudian, datang doktor yg mengetuai pembedahan saya, Dr. J.Ravichandan - Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. dalam keadaan mata sayup2, badan lemah, cuba memandang Dr. Ravi. ` u dah tengok `baby` u? besar? u bagi dia minum apa? horlick..ribena? saya sengih je bila doktor berjenaka mcm tu. `barang tu kita akan bawa ke makmal utk bwt ujian. samada kanser atau tak. kalau kanser, kita akan buka semula jahitan. sbb sebelah kiri u pon ada juga. tpi kecil.`. selepas beri penerangan, doktor beredar. 

Abg menemani saya. `dah, tido je. takyah bangon2. letih tu badan`, kata Abg. badan memang tak boleh nak gerak. berat rasanya. tido jela kejenya. petang tu, ada orang datang melawat. isteri kwn Abg. sape entah nama akak tu. hehe... die pegang tangan saya. terjaga dari lena. `kenal tak?` mata belek2 muka akak tu. `sape ekk`, lemah je nada suara saya. `org rumah Abg Deris`. berborak panjang la kami berdua. sementara Abg keluar pegi Mydin shopping barang2 keperluan; cwn, sudu, termos,susu,milo,kain lap kecik,selipar. balik dari Mydin, Abg bwtkan air milo. pelan2 Abg sudukan ke mulut. doktor kata da boleh minum milo. lepas tu Abg lap2kan badan. da jadi macam baby besar pula. sesekali, bila terasa sakit pada bahagian jahitan, saya memicit alat.....ala yg tempoh hari ada jumpa dgn doktor pakar bius tu. lebih kurang 8.30 mlm, Abg pon balik rumah. 

25 Julai 2013 = 16 Ramadhan 1434 H
seawal 5.30 pagi, dikejutkan nurse. `kak,bangon ya. mandi. saya tolong mandikan akak`. tersentap juga, dalam keadaan perot baru jahit da nak kne bangon dari katil. macamana? nak pusingkan badan pon tak boleh. `akak kne bergerak. tak boleh baring je. akak nak balek cepat tak?` kata nurse. teros semangat tu datang. pelan2 nurse bangonkan saya. disuruh engsotkan punggung pelan2. pelok nurse. huhuuu...terasa beratnya dari paras pinggang ke bawah. seksanya. turunkan kaki kanan. kaki kiri pula. da boleh berdiri dengan sokongan nurse. `jangan tutup mata kak. nanti jatoh`. pelan2 duduk kat kerusi roda, menuju ke tandas. mandi duduk. nurse tolong bukakan baju. saya mandi lap2 je. payah nak gayakan; ada tiub kencing, tiub kat perot, jarum kat tangan. mandi depan nurse. tak pikir malu ke hapa. yang penting be profesional kan. nurse lapkan badan. pakaikan baju & kain. balek semula ke katil. minta nurse sikatkan dan ikatkan rambut. al-maklumlah, rambut ketika tu, panjang macam ekor kuda. hahaaa... jejak paras pinggang. terima kasih nurse. tak ingat pula sape nama nurse tu. 

bila da pagi, doktor Tan, umur sebaya saya datang tengok luka jahitan. Doktor buka kapas. aaaa...macam gitu ke perot saya di belah. dari paras atas pusat sikit hingga ke bawah. lebih kurang 6 inci. uuuiii ngeri tengok. ( Maaf, gambar jahitan tidak dapat disiarkan atas sebab ianya agak mengaibkan - aurat ). doktor spray bahagian jahitan. tak lama lepas tu, datang pula doktor2 yang lain buat pemantauan. ok, luka jahitan cantik, kering. dipindahkan ke katil no 12 pula.  sepanjang hari Abg duduk di wad, temankan saya. Walaupun kalau ikot peraturan, pelawat lelaki tak boleh temankan pesakit perempuan. habis, kalau takde Abg macamana saya nak gerak. 100% memang bergantung pada Abg. nak betolkan kedudukan bantal, minum semua Abg. paling tak boleh lupa bila batok. Allahuakbar. tak boleh batuk lepaskan. sakit perot. tarik2 baju Abg. macam nak putus nyawa jugaklah. takot kalau2 jahitan tu tup2 terbukak kalau batuk kuat2. hadoooooiii...lemah badan. 

hari ni da boleh makan. tapi bubur jela. asik haus je. Abg buatkan air milo panas. kejap2 minta Abg urutkan badan. lemah, letihnya badan. bila diurut, baru lega. ngantok, tido kejap. mula terpikir, macamana ekk kehidupan orang yg menderita sakit lebih terok dari saya yang bertahun2 lamanya. alangkah saya yg baru 2 hari ni je, tak tau la nak cakap macam mananya. tapi saya punya semangat yang kuat. nak cepat keluar dari hospital. nak jumpa anak2. kesian, mesti diorang tak terurus selama saya berada di hospital. pulak tu si kecik, Abby demam. alahaiii kesiannya. tapi masih nak juga puasa. itu kalau ada saya kat rumah, mesti dia da nangis kata taknak puasa. huhuuu... dalam kata masih tak kuat badan, minta Abg gerakkan saya dari katil. nak berjalan. banyakkan pergerakkan. menggigil2 jalan. macam jejak dgn tak je. 

hari ke-2 selepas pembedahan masih lagi tak boleh buang air besar. perot da kembung2 je. paksa utk keluarkan tapi tak boleh juga. senak dah perot. kentut da ok. petang tu, da boleh buka tiub kencing. Abg tanya boleh jalan sendiri tak. eehh..boleh..boleh.. nak balik cepat kan. kne kuat. walaupun jalan bergegar2. haha.. uuuhhhh...lega sikit bila da buka tiub kencing. selepas berbuka puasa, Abg balik rumah. Abg pesan kat amoi katil depan, yang jaga mak die, tolong tgok2kan saya. tq amoi, byk tolong saya nak turun dri katil, adjustkan bantal apa semua ya. malam tu, saya muntah2. simptom yang saya terima macam pesakit2 lain selepas pembedahan. aduuuhhhh,,sakit badan. tak boleh nak muntah all out. nak gerak punyalah payah. perot da la berjahit. macam ni ke kepayahan yang kne saya tanggung bila dapat sakit? Allah Maha Mengetahui. Allah uji lagi saya.. 

26 Julai 2013 = 17 Ramadhan 1434 H
pagi Jumaat, Abg datang lambat. uruskan anak2 sekolah dulu. menunggu Abg datang nak mandi. badan tak boleh nak gerak sendiri. sakit pada bahagian perot. perlu dibantu. lagi pulak leceh ada segala tiub2. Abg papah ke tandas. beratnya badan nak jalan. mata berpinar2, berpusing2. antara clear dgn tak je pandangan. kat bilik air, Abg mandikan saya. dalam keadaan duduk di kerusi, Abg lap2, sabunkan. dah siap mandi, Abg lapkan badan. rasa sebak bila Abg layan macam tu. badan memang belom kuat nak buat apa2. kalau takde Abg, nak harap sape lagi kan. seperti biasa, sekitar jam 9.00 pagi, doktor datang buat pemantauan ke wad. doktor tengok luka jahitan. ok. saya tanya. `doktor, saya tak boleh buang air besar la. sakit perot`. `memanglah, sebab sebelum operation, kita bagi awak minum air utk kosongkan usus. bila lepas operation, awak takde makan apa2 lagi kan. jadinya takde apa yang nak dikeluarkan`, jelas Dr. Vinesh. ooo..angguk2 faham2. ilmu ni. tanya lagi. `doktor, bila boleh balik?`. `kita ingat nak staykan awak sampai isnin depan, boleh?`, kata Dr. Vinesh. wah...cepat2 saya jawab. `ehh..tak boleh doktor. kesian anak2 saya`. haha....ketawa Dr. Kartik. 

tengahari tu, datang sekumpulan doktor2. haa..teka sape. my dear n lovely doktor la. Dr. J.Ravi dgn Dr. Jerilee Khong. doktor yang comel, cute, ceria je orangnya, senyum lebar bila doktor2 tu datang. semangat2. jangan tunjuk sakit. Dr. Jerilee tolong betolkan badan dan bantal saya. haa..baru la selesa. pandai doktor. `macam mana u hari ni. dah boleh berlari? berapa jauh?` huhuuu... soalan Dr J.Ravi kannnn.... sengih + ketawa kecil saya. ketawa sambil pegang perot. haha.. `dah ada berjalan?`  `dah, semalam pagi bangon pegi mandi`.  `bagos. ada perkembangan`. Dr. Ravi tengok tiub pada perot. tak banyak sisa yang keluar dari tiub tersebut yang berada dalam begnya. `doktor, bila boleh balik?. anak saya demam`.  `tengok dulu macam mana. kalau u tak demam, esok tengahari boleh balik`. rilek je doktor bagi jawapan. yes! yes! yes! nak balik. jangan demam..jangan demam. `sebelum saya keluar hospital, boleh tak nak bergambar dengan doktor`.  `tunggu masa appointment nanti. pakai cantik2.mekap tebal2. ok`, kata Dr. Ravi. 

petang ni, nak buka tiub pada perot. pegi bilik rawaran. doktor lelaki, India yang bertugas ptg tu. tak ingat namanya. bila da baring, sebelum doktor nak cabut tiub tu, saya tnya dulu. banyak songel ekk saya ni. susah jadi org yg banyak mulut ni. `sakit tak doktor`. `sakit sikit je`. nampak doktor keluarkan pisau kecik. `nak buat apa pisau tu doktor`. `nak putuskan benang pada tiub ni`. ok.. lepas tu, doktor cuba keluarkan tiub. `sakit doktor!`. kuat suara saya kali ni. staff nurse suruh saya tarik nafas. ok,,saya buat. keletusss... keluar dah tiub dari perot. berasa juga la tiub tu keluar dari kulit perot. sakit sikit je. tapi cuaknya makk aiii.. lepas tu, tanya lagi. `ni doktor nak buat apa. nak jahit ke`. `tak, kita tampal je dgn plaster`. `tampal sakit tak`. `tampal tak sakit`. adoooiii payah kalau dapat patient macam saya ni. ok...lega dah. takde lagi dah tiub2 dipasang. ubat picit2 yang pada tangan pon da ditanggalkan pagi tadi. baru la selesa nak bergerak. menunggu lagi 1 malam sebelum boleh balik esok hari. ok..ok... 14 hari boleh sabar kat hospital, takkan lagi 1 malam tak boleh kan. positif2... 

27 Julai 2013 = 18 Ramadhan 1434 H
awal2 dah bangon. kol 5 lebih. lapo la pulak. pegi amek air panas buat air milo. kuat sikit dah bergerak. duduk kat tepi katil. makan biskut cicah dgn air milo. lalu nurse shif malam. `lapo ya kak`... `aar.,nurse..lapo`. alhamdulillah, selera makan dah mula ada. lepas makan, teros g mandi. pehh..semangat seh nak balek. dah tak pakai dah baju hospital. teros pakai tshirt dgn kain batik. beg pon da kemas2. da taknak dah duduk kat hospital lagi.  7.40 pagi, waktu sarapan. saya mundar-mandir jalan2. saje exercise. nak kepoh2. haha. kebetulan jiran katil sebelah baru masuk wad malam tadi. tgok keadaan die lemah sgt. muka pucat. saya tolong rapatkan meja makan, dekatkan air dan roti pada die. tiba2....sepantas kilat Dr. Kartik dgn Dr. Tan datang nak juma saya. macam lipas kudung cepat2 ke katil. dgr perbualan Dr. Kartik. `see, she can serve people la`. paham tak. kalau tak paham, bukak kamus ehh.. ceria je saya pagi ni. `doktor, boleh balikkan arini. bolehlah. Dr. Ravi cakap semalam dah boleh balik arini`. `kencing berak ok? makan ok? da kentut? da boleh jalan kan`. semua ok doktor. confident saya jawab. `ok lah, u boleh balik`. yahoooo...meleret2 senyum sampai ke belakang. lambatnya jarum jam bergerak. tak sabar dah nak balik tau. dalam 9 lebih, datang lagi doktor nak cek. tanya lagi, `doktor, boleh tak nak balek hari ni`. ini keputusan terakhir. `ok, awak boleh balik lepas nurse keluarkan bil`. riang ria sehhh...

nurse2 bila nampak saya je, mesti cakap, `suke ye kak nak balik`. of coz laa... apa tidaknya. 15 hari berada di hospital. nurse2 pon da boleh kenal dan tau apa sakit saya. terima kasih atas layanan kamu semua nurse. kamu memang terbaik. mesra, murah dengan senyuman. tak pernah merungut depan pesakit. 11.00 pagi, menunggu Dr. Jerilee. katanya nak datang. teman saya keluar dari wad. tak kunjung tiba pon. bz agaknya. takpelah, ada rezeki insyaallah boleh jumpa lagi ya doktor. 

masa untuk balikkk.. sebelum keluar wad, jumpa nurse Zulkinah. salam dengan die. ucap terima kasih. minta maaf kalau ada menyusahkan. berdrama la plak. masing2 sebak je. `akak jaga kesihatan. jangan lupa makan ubat`, pesan nurse Zulkinah.

1 ulasan:

Unknown said...

bape akk kna bayaran bil ya