nukilan

Saturday, September 28, 2013

sembang..sembang...


31 Ogos 2013 hari sabtu..

tak di sangka2 saya masok hospital sekali lagi. gara2 stress ketika memandu. haha.. ceritanya mcm ni..  petang tu nak pegi rumah kakak ipar kat Taman Molek, Johor. pagi saya ok je. sihat macam biasa. lebih kurang pukul 3 petang gerak dari rumah. melalui jalan Kota Tinggi - Johor Bahru. disebabkan dah lama tidak berjalan ke sana, saya macam was2 arah tuju jalannya. bila tiba kat 1 jalan, saya tersalah masok lorong. entah ke mana2 peginya. tak dapat nak cam. makin jauh pulak saya drive.. huuhhh stress. dah cuak. dah menangis meleleh airmata time tu. automatik badan jadi lemah. perot pon sakit. drive jugak la slow2.. rupa2nya jalan tu keluarnya kat Taman Perling. ok lah,, tau area tu. susur ke kiri, teros menghala ke Angsana.. tpi saya stop kat Petronas. rehatkan badan. badan mmg dah tak kuat time tu. agak lama jugak berhenti kat situ. memikirkan ke mana arah tuju selepas tu. hari da semakin petang. hujan pulak tu. bila macam da ok sikit, teroskan perjalanan.. nak ikot jalan Angsana. entah macam mana sekali lagi salah masok simpang.. aaaarrrrggghhhhh kat mana ni.. tak pernah sampai sini. blur..blur... nampak 1 mall.. apa ekk, lupa la. stop kat situ. rest. serius,, saya memang tak pernah sampai tempat tu. kat dalam kereta nafas da tercungap2. badan menggigil. suam sejuk macam nak demam. perot sakit. suara dah tak bermaya nak cakap. mujurlah saya ada no tel Dr Ravi. tel doktor bagitau keadaan saya. doktor suruh saya ke hospital. pegi bilik saringan. dalam keadaan badan dah tak kuat time tu,, gagahkan jugak drive ke hospital.

tiba kat hospital, saya maklumkan pada polis yang jaga pintu masok kat bawah tu. bila sebut je nama Dr Ravi, takde masalah. teros polis tu bawa saya ke bilik saringan tingkat 1, guna wheel chair. heeee.... anak2 ikot sama. sampai kat atas tu, badan da melayang2. tel lagi doktor, bagitau da sampai kat bilik saringan. doktor kata nnti die akan call Dr Jerilee tgokkan keadaan saya. bila baring atas katil, selesa la tpi badan masih menggigil. perot makin sakit. badan panas. nak bercakap pon dah tak larat. nurse cek tekanan darah, agak tinggi mula2. cek lagi sekali, baru ok. lepas tu cek darah, cek air kencing. dalam hati ni,, mana lah Dr Ravi dgn Dr Jerilee tak datang2 lagi. taknak tgok saya ke. huhuhuu... tiba2..yess Dr Ravi datang. doktor dari dewan bedah. lengkap berpakaian nak bedahkan orang. dgn sarung tangan. sarung tutup kepala. lainnya rupa doktor. sambil doktor cek nadi kat tangan, sempat jugak berjenaka. ` mana rotan. tolong pegi amek rotan`, kata Dr Ravi kpd staff nya. tercengang yang lain. termasok saya jugak. knp dgn rotan ekk.. nak bwt apa. doktor sambung lagi. `patient ni very2 notty. i nak rotan dia`. ha kau...ramai2 gelak kat situ. teros senyum lebar saya dek krn doktor bwt lawak.. macam biasalah, kne cek perot. iye sakit. Dr Jerilee bwt scan. doktor kata kencing saya kotor. ada jangkitan kuman sbb tu saya sakit perot. kandungan gula dalam badan rendah. 4.2. kan da kene marah dgn Dr Ravi, sbbnya saya tak makan tengahari tu. entah apa yang dibincangkan antara doktor2 tu...sejurus kemudian Dr Ravi pon beredar.. rupanya nak kne masok air. alamakkk... berejam lagi la saya kat bilik saringan tu.. kesian kat wawa abby. entah apa diorang bwt kat luar tu.. takde yang jaga.




kann dah.... sebelum nak kne cucuk jarum, Dr Jerilee pesan kat Dr Omar ( doktor junior ). be nice k my patient. sweetnya... terbelek2 tgn saya Dr Omar cari urat. haha.. urat saya mmg susah nak cari. last2 jumpa gak. naseb sekali je cucuk. pandai doktor.. diberi roti. kne makan. aircond dlm bilik saringan tu, punyalah sejuk gilerr... menggigil2 badan kesejukan.. bagitau kat Dr Jerilee, sejuk sgt. tak tahan. dipindahkan ke bilik belakang pula. sebelum tu jengah tengok anak2. punyalah terkejut bila dapat tau wawa takde dgn abby. abby kata wawa ikot orang. ada orang ajak wawa.. Ya Allah...hati sape tak keruan bila anak takde. time tu rasa nak cabut je jarum kat tgn. nak turun cari wawa.. nurse tahan saya dari bangon. beberapa minit kemudian, wawa muncul dari lif. dgn seorang makcik. makcik tu kata die kesian kat anak2 saya. mcm kelesuan sbb tak makan. makcik tu belikan makanan & minuman utk anak2. huuhhh lega rasa hati. tpi saya tidak berkesempatan nk ucap terima kasih pd makcik tu.. moga Allah merahmati dan melindungi makcik tu.



kalau ikotkan, saya kne masok wad. nak kne masok antibiotik.. ha? antibiotik? taknak la doktor.. takpelah, saya rest dulu kat sini. tgok mcmana ea... bila pindah kat bilik belakang, diberi makan kuih. wahh specialnya layanan.. tak sangka2.. terima kasih doktor.. lepas da makan,, ok la. da boleh senyum. bila air da habis, sekali lagi cek air kencing dgn darah. okeyyyy.... da boleh balek. 9.30 malam discharge.. thanks you Dr Jerilee... ingat nak bergambar tpi doktor kata tak cun mase tu. sbb doktor pakai baju hospital. next appointment nnti boleh.. orait..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

24 September 2013, Selasa


tarikh ni pegi hospital hanya amek ubat sahaja.. tapi, saya amek kesempatan dan peluang ni nak jumpa dgn doktor2 kesayangan saya. of coz la Dr Ravi dan Dr Jerilee.. sebelum tu saya mmg dah maklumkan pd mereka nak jumpa sbbnya nak bagi cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan. sekadar mug sahaja yang dapat saya dedikasikan untuk doktor. tapi bukan senang2 nak jumpa doktor. kne jumpa PA doktor dulu, bagitau.. ikut giliran. masa tu ada juga pesakit lain appointment dgn doktor. time tu tahap kesihatan saya merosot sikit. badan lemah, menggigil. jalan pon dah tak betol. mana taknya, sebelum tu dok merayap ngan Abg.. tu yang kepenatan. sejam jugak menunggu, turn saya dapat masok bilik doktor. salam dgn doktor,, doktor tnya, `why u menggigil`. ckp jela penat. tpi apa yg buat saya boleh tersenyum bila doktor kata saya dah kurus.. doktor soh timbang. 65.5 kg. bulan lepas 69 kg.. teros nyatakan tujuan nak jumpa doktor.

lepas tu doktor suruh baring kat katil. nak cek perot. scan, doktor tunjukkan mana letaknya kidney ( buah pinggang ), pundi kencing dan haaa...yg ini ilmu baru tau. iaitu kedudukan hati. selama ni ingat hati letaknya kat dada. silap. hati letaknya di sebelah buah pinggang kanan. saya tgok muka Sister Rozima, Sister tgok muka saya.. lepas tu gelak.  ada lagi...doktor tunjukkan ketebalan lemak yang tersembunyi kat perot. ` ada apa2 ubat @ krim yg boleh pecahkan lemak tak doktor`. ni jawapan doktor.. `ada, tapi itu u kne buat sendiri. 3x seminggu`. `apa die`. `u kne exercise`. adoohaiii doktor ni kannn.... selamba je bwt lawak. `u tau berenang tak`. `tak. why..doktor tau berenang ea. bolehlah ajarkan i`. dgn muka serius doktor jawab, `i pon tak tau berenang. kalau i tau berenang pon i selamatkan diri i dulu`. orang kalau tengah sakit time tu,, automatik boleh jadi baik teros. saya dgn Sister Rozima dah mcm best fren. boleh ketawa2 dgn doktor. padahal baru 2x jumpa waktu appointment. bila time serius, serius la kan... doktor berkali2 pesan. banyakkan berehat. jgn angkat berat. baik doktor.. i akan ikot arahan doktor.

dalam masa tengah check up dgn doktor, tel asik berbunyi jer. Abg tel byk kali. tapi tak dapat nak jwb. lepas keluar dari bilik doktor, baru tgok tel. baca msj, Abg tulis, die suruh saya balek drive sendiri. sbb guide dah tel suruh amek. Allhahuakbar...bagai jatuh ditimpa tangga. dah la badan tak kuat time tu. nak berjalan pon tak larat. lemah. teros tel doktor. `doktor, i kne balek sendiri. husband da pegi dulu sbb keje. badan i penat la doktor`. `kesian u. u rest dulu. i ada meeting kejap lagi`. kuatkan jugak la kaki melangkah.. ooo tak boleh. berhenti duduk lagi. nafas dah tercungap2. badan menggigil. panas. airmata dah meleleh.. tel lagi doktor, `doktor, badan i panas, menggigil. lemah badan i ni doktor. i tak keluar lagi dri hospital. ada kat ruang pemulihan fisioterapi`. teros doktor matikan tel.. beberapa minit kemudian, datang Sister Rozima. Sister tak bagi saya drive balek dalam keadaan mcm tu. kak Roz papah saya balek semula ke bilik doktor.


hihiii... saya rest kat katil bilik doktor. nyamannya dapat baring. adalah dalam sejam. kak Roz bagi air. bukakkan kipas. sempat jugak msj kat Dr Jerilee, bagitau saya ada kat bilik Dr Ravi.. dalam pukul 2 ptg, Dr Jerilee pon sampai.. gembira tak terhingga dapat juga jumpa Dr Jerilee.. `wahh makin kurus dan cantik la awak`. `ala doktor, mana ada. biasa je. doktor, nak bergambar`. bingkas bangon dari katil. nak bergambar sama2.


nak upload gambar pon kne minta kebenaran dulu tau.. bukan boleh sesuka hati je nak publish kat umum. gambar dgn Dr Ravi je tak dapat nak upload sbb belom dapat kebenaran doktor lagi. lepas da selesai semua perkara, menunggu kawan kak Roz pula. kak Roz minta kawannya drive hantar saya sampai ke rumah.. baiknya hati kak Roz. tak tau nak balas dgn apa jasa baik kak Roz. terima kasih byk2 sbb tolong efa ya kak. next month kita jumpa lagi.

0 ulasan: