nukilan

Sunday, August 25, 2013

BAHAGIAN - 3

 
Hari-hari yang dilalui, menghitung hari di hospital, amat membosankan. bosan takde tv, takde radio, takde fesbuk, panas waktu siang, tidur yg tak selesa. ada jadualnya nurse dtg cek tekanan darah, suhu, kene makan ubat, masuk air, masuk antibiotik. ada doktor datang, nak cek keadaan perot macam mana. huhu.. nak berjalan pon dah tak larat. perot semakin membesar. adakalanya jalan laju. cehh berlagak. adakalanya jalan setapak2. slow je kan. kura2 pon laju agaknya. haha. mana taknya. menanggong besar perot da macam mengandung 9 bulan besarnya. besar perot ikot saiz badan saya still comel lagi. hik3. orang lain pakai kain hospital tpi saya pakai kain batik. sebabnya 1 - kain hospital beso giler. tebal lak tu. 2 - perot saya semakin membesar & senak. tu sebab pakai kain batik. tu pon takleh nak ikat kuat2. kat katil lepaskan ikatan. uuuhhh...lapang sikit perot. sesekali mengusap perot macam ada baby kat dalam perot. hehee.. ada jugak pesakit lain tnya. ` akak mengandung ke`. `eh tak la. ada ketumbuhan dlm perot.`. `oo..ingatkan mengandung sbb perotnya besar`. `adoooii dikk...dah tak larat dah ni.. mengah2.`  huhuuu...
 
Sabtu & Ahad - rilex sikit sebabnya waktu melawat dibuka dari tengahri - malam. jadi kuranglah nurse2 nak cek2. cuma pagi sabtu doktor bagitau. tarikh pembedahan 24 Julai 2013 (rabu). kes yg pertama masuk bilik pembedahan. mintak jugak nak balik. hohooo...tak boleh. doktor besar ( dr. J. Ravi ) tak bagi balik. ala...stay lagi kat hospital lerrr.. pagi ahad, doktor datang cek. beritahu, hari selasa nak buat endoskopi. ala..yang masukkan kamera kat belakang nak tengok usus tu. jadinya start isnin malam kne puasa. dibenarkan minum air masak sahaja. 
 
22 Julai 2013 = 13 Ramadhan 1434 H
menunggu tibanya waktu petang. sebab Abg datang. macam2 makanan kirim kat Abg. air panas la, buah la, roti la. paham2 jelah. makan kat hospital ikot time. gasak la lapo kalau takde makanan lain. yang tak boleh lupa., nurse Zulkinah namanya. die beri air sebotol besar 1.5 L tu. tau tak air apa. air utk kosongkan usus sbb esoknya kan nak buat endoskopi. air tu bila minum, nnti kita asyik nak ke tandas je. membuang. saya tanya. air tu rasa apa. ke sama mcm air yg mase nak bwt ct scan tu. janganlah. tak sanggup nak minum lagi. nurse ckp, air tu rasa masin2 sikit. disuruh habiskan sblm tengah malam. selepas maghrib, try la minum air apa entah namanya. lupa. aar rasa masin sikit. tpi mcm bergas mcm air spritzer, gitu ler. ok lagilah boleh minum. tapi yang tak ok nya, kne paksa habiskan 1.5 L tu sblm tengah mlm. makanya perot saya dah semakin membesar. minum plak air byk2 gitu. ye makin kembung perotnya. huwaaaa.... mengah dah. Abg dah ketawa2 kan je tgok keadaan saya. sempat lagi mengusik nurse Zulkinah, org kelate, kecek kelatenya pekat. ` nurse, jom minum sama air ni`, kata saya. cpt2 nurse jwb. ` takpe doh. minum ler dulu `, jwb nurse sambil ketawa. sporting orgnya. startlah selepas 12.00 tgh mlm, berpuasa. 
 
23 Julai 2013 = 14 Ramadhan 1434 H
pagi tak sarap. puasa. seperti biasa, sekitar jam 9.00 pagi, doktor2 datang ke wad buat pemeriksaan. berkerumun semua doktor kat katil saya. beri penerangan tentang pembedahan yg akan dilakukan esok hari. mulanya saya ok je. tenang. bila part Dr. Vinesh kata, ` kalau kene pada rahim, rahim awak akan dibuang `. tanpa disedari air mata menitik membasahi pipi. tsedu2 jugak la. sister menenangkan saya. `  da beritahu suami? suami bila dtg?`, tnya Dr. Vinesh. sbnrnya saya tak cerita apa2 pon pd Abg pasal operation tu. tak tau nak ckp mcmana. tak sampai hati nak bgitau komplikasi apa yg doktor ckpkan. doktor hensem, Dr. Faisol pula ckp dgn saya. ` bagitau suami, doh dia datang la jumpa saya ptg ni sblm pukul 4.00. saya akan terangkan pdnya tentang pembedahan esok mcmana.`. saya mengangguk. 
 
pukul 11.00 pagi lebih kurang, pegi ke bahagian endoskopi. menunggu giliran. dekat2 sejam jugaklah baru dipanggil masuk dlm bilik. ramai gak petugas dlm bilik tu. seorang dari padanya memasukkan tiub kamera ke dlm dubur. Allah...sakitnya. bagaikan menghentak2 dinding perot saya. dlm antara sedar dan tidak, dpt jugaklah melihat kat skrin tv tu apa bendenya. kalau da kata karema masok dlm badan, ruang2 dalaman ye nampak. macam tu ekk organ dalam kita. lepas tu, entah. tak ingat apa2. tau2 nurse tu ckp, ok dah siap. noneng kepala. badan lemah. disorong dari bilik endoskopi ke wad. sampai kat katil, teros tido. badan lemah sgt. mamai2. tak lama lepas tu, Abg dtg selepas tel pagi tadi bagitau doktor soh dtg jugak ptg ni. nak ke tandas pon badan tak kuat. Abg tolong papah sampai ke tandas. Doktor Faisol dtg ke katil. jumpa Abg. terangkan pasal pembedahan tu. tiada makan tengahari. tiada makan ptg sejak dari tengah malam tadi. kene korbankan makan demi utk pembedahan. kuatkan semangat sbb nak cpt baik. nurse Zulkinah pesan, ` akak jgn makan ye. minum air pon jgn. sampai esok pagi. harap kat akak je ni ` . kalau tak, kne minum lagi air yg masin tu. oooh tak nak tak nak. takpelah tahan lapar. tpi alhamdulillah. sikit pon syaa tak rasa lapar. Allah permudahkan saya. Abg berbuka puasa kat hospital tiap kali ada dtg melawat. berbuka dgn makanan ala kadar je. dah la penat kat hospital. balek malam2. jauh perjalanan dri hospital ke rumah. adalah lebih kurang 1 jam 15 min. kalau tak jem la. sampai rumah, Abg basuh baju. gosok baju sekolah anak2. orang lelaki, tak penah bwt keje2 rumahtangga ni, lain ceritanya. kannn.. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
menanti esok hari...amat mengujakan. lambatnya esok. kak Saridawati, jiran katil sebelah pesan. ` efa jgn neves2. jgn takot2. rilex je. nnti takot darah gemuruh, darah naik tinggi ke, demam ke, tak jadi operation tau. lagi susah. tangguh lagi ` . tetap ingat pesan kak ida tu. sepanjang malam saya tenang je. sekejap2 tgok jam di dinding. doktor sejak dari jam 11 mlm mula menjalankan tugasnya mencucukkan jarum hijau ke urat tgn. jarum tu dah la besar, panjang. urat saya ni jenis yg susah nak cari. Doktor Naufal terkial2 mencari mana urat tgn. dibelek2 tgn sya. dicuba masukkan jarum, oouuhh tak lepas. tarik semula keluar jarum tu. aduhh...sakitnya. try lagi kat tempat lain. pon same tak dpt masuk. entah bpe kali cuba tak berjaya, doktor kata rest dulu. sejam lepas tu, doktor dtg lagi nak cucuk jarum. same jugak. tak berjaya. kebetulan ada pulak member doktor tu dtg ke wad. doktor tu cuba la masukkan jarum. pon tak berjaya. doktor sorang lagi try. tgok gaya mcm hebat. kejap lagi doktor tu main cucuk je teros. takde bagi2 salam. Ya Allah. saya menjerit kata sakitnya! keluar airmata. serius sakit wooooo... bukan sikit2 sakit. kalau jumpa semula doktor tu, nak je ckp ` doktor, kalau nak cucuk, jgn main cucuk je tau. sakit tau. pelan2 la kalau ye pon. meh sini tgn doktor pulak saya yg cucuk direct je `. hahaha... bila tak berjaya, stop dulu. sejam kemudian doktor dtg lagi. kali ni mcm berjaya. beberapa saat je, tgn kebas. ` doktor, tgn sya kebas. tak berasa. kanan ni ok. yg ini ( kiri ) kebas `. doktor pon cabut semula jarum tu. haa....baru ok. hilang kebasnya. mesti doktor tu boring. dah bpe kali try2 tak berjaya2. kalau dikira2 secara rawak adalah lebih 10x tgn sya di cucuk dgn jarum tpi tak lepas gak. byk kesan cucukan jarum. ada yg lebam2. habis dah kedua2 tgn saya. sedih lau tgok. huhuuu...
 
24 Julai 2013 = 15 Ramadhan 1434 H
sampai dah waktu Subuh. 5.00 pagi saya da pegi mandi. pesakit lain masih lagi nyenyak tido. siap2kan diri. punyalah exited. 7.30 pagi dah nak masuk OT. bahasa melayunya bilik pembedahan. tapi jarum masih tak ada lagi kat tgn. 6.15 pagi, masuk bilik rawatan. nurse masukkan tiub kencing. memang tak selesa la bila da masukkan tiub pada vagina. buang air melalui tiub. ada begnya plak tu. huhuu... aiiissssyyy lecehnya. hampir pukul 7.00 pagi. da mula tukar baju seksi seksa tu. tukar kat katil je. nurse tolong pakaikan. jiran2 katil memerhati saya. nurse2 pon ke hulu ke hilir risaukan saya belom ada lagi jarum kat tgn. Yela, sbb nak kne masukkan ubat antibiotik dulu. datang Doktor Syafiq. doktor belek2 tgn sya. tak jumpa urat. penyudahnya hahh kat kaki kanan. stret masukkan jarum. berjaya! nurse teros masukkan ubat. stretcher (maaf kalau salah eja) dari OT da sampai ni. janji 7.30. lewat sikit ehh. sbb nak bagi masokkan air ubat dulu. saya pon beralih ke stretcher. sblm ditolak, diberi makan pil. bestnya kne tolak. sblm tu, sya dah baca surah 3 qul. ayat kursi. ayat penerang hati. bdoa mohon permudahkan proses pembedahan tu nanti. mata melilau mencari Abg. Abg takde menemani ke bilik OT. lewat sampai la tu. ok,, cool. tak sebak. tak sedih. rilex je. macam takde apa2 berlaku. otak kosong mse tu. langsung tak fikir apa2 pon. suasana dalam bilik OT amat sejuk. ramainya org kat dewan bedah tu. kat dinding terpampang gambar2 x-ray. atas kepala lampu beso terang benderang. seorang doktor dtg tgok jarum kat tgn. takde? ` nanti kita akan cucuk jarum kat tgn bila awak da tidur. kat kaki 1 tak boleh. takot kalau berlaku pendarahan, susah.`. beberapa wayar dilekatkan pd badan. tgn kanan kiri diletakkan ke sisi. dimasukkan oksigen ke hidup & mulut. tarik nafas, hembus. tarik nafas, hembus. tiub gas di masukkan ke rongga hidung. ` ok, kita akan tidurkan awak `. lama2 kelamaan, mata saya kecil, kecil, kecil dan terpejam. selepas itu wallahualam... tak tau apa2 dah.

0 ulasan: