nukilan

Friday, August 23, 2013

BAHAGIAN - 1

 
13 Julai 2013 ( Sabtu ) = 4 Ramadhan 1434 H
Macam biasa, loceng berbunyi 4.30 pagi. bangon untuk sediakan makan bersahur. tiba-tiba rasa sakit perot, seperti yang sebelum2 ni. ni mesti nak sakit. bertahan sambil panaskan lauk, nasi, jerang air panas. adoooiii...makin sakit la plak. badan da mula membongkok menahan sakit. pelan2 bergerak. tel Abg bgtau kne sakit perot mcm aritu. Abg kata kalau sakit tak payah puasa. 5.00 pagi, kejutkan anak2. makan bersama2. mase tu makan nasi lauk ayam masak kicap. makan jugaklah tapi dlm keadaan yg sakit nak bercakap pon dah tak mampu utk bersuara. siap makan, rasa nak muntah. cpt2 pegi tandas. keluar semula apa yg makan tadi. automatik teringat apa kata dressar. ` kalau apendik, awak akan muntah2 `. mind set da kata apendik aku ni. 5.30 pagi Abg datang. menangis bgtau tak tahan sakit. ` Abg kene keje pagi ni. bwk org singapore. rehat jela kat rumah. tak payah bwt keje. kalau tak tahan jugak, nnti siang sikit mintak tolong kat sape2 hantarkan pegi klinik. meleleh jugak la airmata ni. menangis bukan sbb Abg nak pegi keje tapi tak sanggup nak tempuh sakit perto yg amat3 sgt.
 
SAKIT PEROT YANG MACAMANA ?
bukan sakit perot biasa dek kerana salah makan tau. yang mana bila dah buang air besar, rasa lega atau sapu minyak angin kat perot, ada kurang sikit sakitnya. ini luar biasa sakit. rasa sakit macam org nak bersalin tu. bisa2 pada bahagian ari-ari, menangkap ke keliling pinggang, membawa ke belakang badan & punggung. masyaallah...serba-serbi tak kene. baring ngiring kiri, kanan, telentang, bengkokkan kaki, semua gaya tak menjadi. lailahaillallah...rasa nak menjerit sekuat hati biar org tau yg saya sedang bergelut dgn sakit yg amat sgt. nak buang air kecil pon susah nak keluarkan air. seksanya. pulak tu tak lawas..  
 
rasa sakit ni saya alami sejak Januari 2013. bukan ketika datang uzur. saya tak pernah alami senggugut. kitaran haid pon ok. sakitnya mcm apa yg saya ceritakan. sehari suntuk sakitnya. tapi mse tu saya bertahan je kat rumah. baring je sepanjang hari. tak boleh bwt keje apapon. makin byk bergerak makin kuat sakitnya. bangon keesokan paginya, eehhh...baik dah. langsung tak rasa sakit apa pon. rutin harian berjalan seperti biasa. dah lama tak kne sakit perot tu, tup2 kene lagi. bulan Februari. cerita yg sama jugak lah. tapi kali ni saya letak kiub ais, balut dgn kain, tekap kat perot. ada la kurang sikit sakitnya. tapi sehari suntuk jugaklah menahannya. bln Mac kne lagi sekali. April takde kot. hehe... 20 Mei kene lagi. kali ni ada yg kata entah2 apendik kot. diorg soh pegi klinik. ok lah, saya akur kali ni utk pegi klinik. bwt ujian air kencing, amek darah. hasilnya negatif. takde apa2 pon cuma kencing kotor. seminggu lepas tu 27 Mei, kene lagi sakit perot. adoooiii... 7 Jun, sakit perot lagi. kenapalah asik kerap benor sakitnya ni.. masih tiada jawapan yg pasti.
 
1 Julai 2013, huuuhhh sakit lagi. kne pada waktu petang. memang sakitlah. bangon keesokan hari, masih sakit lagi. sampai ke petang. ooouuuhhh takleh tahan dah. lepas maghrib, dalam keadaan sakit2 tu, drive jugak pegi Klinik Afiat Taman Anggerik Bandar Tenggara. perkara yg sama juga. doktor kata kencing kotor. diberi pil antibiotik, tahan sakit & ubat air lawaskan kencing. kali ni sakitnya amek masa sampai 4 hari baru baik. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lepas Abg pegi keje, ( selepas sahur ), tido semula dgn anak2. ingatkan dgn tido, boleh kurang sakit perotnya. pehhh makin menjadi2. Allahuakbar. tel lagi Abg. nangis2 bagitau sakit sgt. tak boleh jadi ni. nak jugak pegi klinik pagi ni. seawal 7.00 pagi, suruh anak pegi rumah anak saudara. mintak tolong hantarkan pegi klinik. anak balik, kata, `abg jep ada keje pagi ni.`. suruh pulak pegi rumah anak saudara yg sorang lagi. anak balik. `ummi, takde org jwb. tingkap tutup lagi. tido lagi kot`. Ya Allah, macam ni lah. bila saya susah nak mintak tolong, belom tentu ada org nak tolong. NEKAD. kuatkan diri utk bangon. kemas rumah apa yg patot. ni dah sakit gler kaw2 ni. jalan pon dah tak mampu. start enjin kereta. serius, nak putar stereng pon tak larat. hantar anak2 kat rumah nenek saudara die. dalam sakit2 drive, sempat lagi tel nurse, Salwana Abu Bakar (wawa). bagitau soh bukak klinik sbb saya sakit perot. nada suara pon Wawa tak cam sbb lemah sgt. mcm tak nyampai2 je nak ke klinik tu. parking je kereta kat klinik, Wawa da sampai dulu. saya keluar dari kereta, tak mampu nak berjalan. pegang dinding utk masuk ke dalam. dressar pon tiba. die soh baring kat dalam. dah ngerang2 dah time tu. Ya Allah cepatlah. sakit sgt dah ni. dressar beri injection tahan sakit tpi tak jalan jugak. gler tak sakit ! hehe... nak g toilet pon dressar tolakkan gne kerusi roda tau. badan da tak kuat nak jalan. melihatkan keadaan saya yg semakin terok, teros baring kat strecher nak naik ambulans. waktu tu dah tak pikir apa pon. tak pikir anak2. tak pikir rumah. tak pikir fesbuk. 
 
kat Hospital Kulai, kne soal siasat. sape nama. bpe ic. alamat. ni sessi temuduga ke apa. sah2 aku ni dri Klinik Kesihatan Bukit Besar. sume maklumat dah ada kan. doktor cek perot. tekan kuat2 & lepaskan. huuhhh .... sakitnya. kejap2 nak pegi toilet buang air kecil. muntah 2x. doktor suspek apendik. ` ok dik, kita nak hantar pegi jb ni `, kata nurse. dalam ambulans da pejam2 mata. pegang2 perot. SAKITTTTTT....... nurse tnya boleh jalan tak. `tak boleh`, jwb saya. duduk kat kerusi roda, nurse tolak sampai kat wad 2 timur. - terima kasih nurse -. da baring kat katil, doktor2 yg muda2 pon dtg. cek perot, tekan2. silih berganti doktor mengeksperimenkan perot saya. masing2 speaking omputih. dari raut perbualan mereka, tidak mengesyaki apendiks. lebih kurang 5.00 ptg, pegi x-ray. hasilnya takde nampak apa2. ` nanti malam kita panggil doktor pakar sakit puan datang cek `, kata doktor. lebih kurang 8.30 mlm, doktor pakar sakit puan datang. sekejap je doc tu tekan2 perot saya. teros kata ` ooohh..ada 2 biji besar ni. tapi tak pasti apanya.1 kat rahim. 1 lagi kat pinggang. kne scan dulu tgok `. terkedu juga saya mase tu. apakah?? 12 tengah malam, Abg datang sbb bru habis keje hantar org s`pore. Abg belikan air panas. sedapnya.. sbb seharian tak makan. takde selera. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
14 Julai 2013 ( Ahad )
lebih kurang jam 11.00 pagi,, pegi scan ultrasound dgn Doktor Jerilee Khong. doc perempuam. cute orgnya. cantik.. bila da digelek2kan dgn alat scan tu kat perot, doc ckp ` awak ada fibroid seluas alam. da berapa lama awak simpan. da besar 12 cm. 1 lagi cecair pd bahagian kanan. panjang 20 cm. itu tak pasti apanya. samada kanser atau tak. start da touching. bgenang airmata. doktor tenangkan saya. ` tak pasti lagi. kita akan cek lagi. jgn risau. kebanyakkan pesakit yg dah bwt pembedahan 100% akan baik. skrg ni teknologi dah canggih. tak perlu nak dirisaukan. insyaallah, Allah akan membantu`. selepas itu saya di pindahkan ke wad O & G ( obstetrik & ginekologi ). wad sakit org pempuan. 3 barat HSAJB.
 


 
bermulalah episod kne cucuk jarum..kne masok air..paling tak boleh blah...kne masok ubat antibiotik.. lailahailallah...allahuakbar...masyaallah...sakitnya. menusuk2 ke urat.. stim je mata bila ubat dimasukkan.. huuuhhh perit2. bila bengkak belah kanan, cucuk pulak belah kiri. kiri bengkak,, kanan pulak. begitu lah silih berganti sehingga hari ke -14. 

0 ulasan: