skip to main |
skip to sidebar
15 Julai 2013 = 6 Ramadhan 1434 H
hari ke - 3 berada kat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. eemmm mmg boring. takde apa boleh bwt. hanya tido jela. nak bjalan2 pon tak larat dah. naseb katil bdepan dgn pandai lido.. kejap2 jengah jugak la ke luar. tgok pemandangan dari dalam.. alangkah indahnya kalau berada di luar.. ni dok tperap je kat katil. huhuu... time makan, makan. time tido, tido. time g tandas, g tandas.. eehh takleh makan la. lupa. kne puasa. sbb kata doktor nak bwt ct scan. yg masok dalam terowong tu. tunggu2 punya tunggu sampai ke petang,, tak jadi bwt ct scan. sbb ramai org. da ptg bru leh makan.. apa pon tak boleh. lauknya kari. kari pekat. alaaa... makan sikit jela jamah. tak habis pon nasinya. malamnya tu, lepas balek dari tandas, nak naik atas katil, badan saya tak boleh bgerak. krem. meleleh la airmata.. jiran2 sblh katil tolong naikkan saya atas katil. huhuu...sakit.. tido malam pon tak lena sbb...kepanasan.
16 Julai 2013 = 7 Ramadhan 1434 H
4 hari kat hospital... dlm kepala ni ingat kat anak2 je. msj kat Abg soh bwk anak2 sekali bila dtg melawat ptg nanti.. hari ni kne puasa lagi. sbb nak bwt ct scan.. hampeh..sampai ke ptg juga, nurse kata tak jadi bwt. org ramai. pesan kat Abg belikan apa2 makanan, sbb lauk kat hospital tak sedap. hehe.. Abg belikan lauk ikan keli. berselera sungguh makan. kesip2 tulangnya.. saya turun ke bawah sbb nak jumpa anak2. budak bawah 12 tahun tidak dibenarkan naik. dlm sakit2 mengah2 turun juga ke bawah nak jumpa anak2... alahaiii,,,kesiannya tgok wawa ngan abby. rambut tak berminyak. muka tak berbebak. pakai baju ikot suka hati je pegi hospital.. anak2 masih kecil..apa la yg diorg faham bila umminya sakit masok hospital tak balek2 rumah. sje je bwt dek.. berbual dgn anak2. tanya puasa ke tak. ada keje sekolah ke tak.. bila masa utk diorg balek,,sebak jugaklah sbb kne bpisah sementara dgn anak2. kesian juga kat Abg kne jge anak2. yela selama hari ni diorg tak penah tinggal dgn abahnya. ni la kali pertama tinggal lama dgn abahnya.. Abg basoh baju, gosok baju, lipat baju, kemas rumah tu mana yg kasar je la. org lelaki kan.. hehee..
17 Julai 2013 = 8 Ramadhan 1434 H
seawal pagi nurse da bagitau. ` puasa ya kak`. ermm yela. da 3 hari kata nak bwt ct scan, ct scan. dgn slumbernya, saya panggil doktor hensem, doktor Faisol namanya. umur Dr. tu 31 tahun. manis je orgnya. sentiasa tersenyum.. dek kerana nak bbual dpn dr tu face to face punya pasal.... saya ni kan mesra alam orgnya.. panggil. `doktor, confirm ke ptg ni bwt ct scan`, tanya saya. `tak boleh nak kata ya. kalau saya yg doktornya, skrg saya nak bwt. yg nak bwt st scan tu ramai. kita dulukan yg urgent dulu. kalau nak cpt, pegi private. tpi kosnya dlm anggaran seribu jugak. ni kerajaan biasalah lambat sikit`, kata dr faisol.. rilex je die jwb.. ( tak pulak nak menanya bpe no tel die .. ahaha ). sebelum tu, doktor pakar Dr Jerilee Khong ada melawat saya. prihatin betol doc tu. katanya ` saya sje singgah nak tgok awak. sya dah col doc bawah minta cptkan bwt ct scan tu. kesian awak `. senyum lebar saya bila dgr doc kata camtu. 4 hari kat wad, belom ada nampak doc lain jumpa patientnya tau. saya special kes la katakan.
2.00 ptg, tukar baju putih yg seksi seksa tu. nak pegi bwt ct scan... nurse tolak gne kerusi roda. sampai kat situ, staff lelaki tu soh minum air. 2 gelas beso kne habiskan. saya tanya, ni air apa. apa rasa. die jwb air utk cuci dlm perot sblm bwt scan. disuruh minum kalau boleh jgn muntah lah.. tkebil2 saya tgok die tuang air tu dlm gelas besor. sblm nak minum, saya cium dulu air tu bau apa. masyaallah....bau mcm air sabun basuh pinggan mangkuk tuuuuuu.... sanggup ke nak habiskan? ok efah,,nak baik kan. tutup mata teguk teros segelas beso air tu tanpa henti2. gluurrppp tdiam seketika. rilex. taknak bagi muntah. pehhhh rasanya. dtg lagi org tu. ` dah habis? `. die tuang utk gelas ke-2. azabnya nak minum lagi.. lama pegang gelas tu tpi tak minum2 gak. tarik nafas...minum teros. ok dah. mse utk masok ke dlm bilik ct scan.. oo camtu eh terowongnya. sblm digerakkan ke dlm ct scan, staff nurse memasukkan tiub ke dubur utk mengeluarkan saki baki ehem2.. huhuuu sakit. dah la badan tak bermaya. dibwtnya lagi mcm tu.. beberapa kali di scan kat bahagian perot, bru la siap. tunggu keputusan plak.
balek semula ke wad, singgah dulu kat tandas. membuang apa yg patot dibuang. air je yg keluar. huuuu lega.. tiba2....` kak..kak. kak efa. cepat. doktor pakar dah sampai`. jerit nurse dlm tandas tu.. ha kau, kelam kabut saya keluar tandas. tgok2 ada beberapa org doktor termasuk doktor pakar. Dr. J.Ravi. ` awak pegi mana, pegi shopping2 ya`, tnya dr. j.ravi. sambil tersenyum sya jwb. `pegi tandas, doc. sakit perot`. `awak tak perasan ke perot awak besar sbb ada ketumbuhan. oo awak ingat awak gemuk, tu yg kata perot awak buncit ya`, jelas doc. saya menggangguk. ok, esok kita akan bwt lagi scan ultrasound. selesai 1 tugasan.
18 Julai 2013 = 9 Ramadhan 1434 H
tengahari tu, pegi ke bilik doktor pakar O & G, Dr. J.Ravi. doktor yg sporting, mesra dgn pesakit, pandai berjenaka. yg paling best,, saya ditemani dgn Dr. Jerilee Khong. doc kesayangan saya ketika itu. siap iring saya dri katil sampai la ke bilik dr. j.ravi. tak nampak pon doc2 lain bwt mcm tu kat patientnya selama beberapa hari saya kat hospital. rindu kat Dr. Jerilee.. ada juga doktor pakar sorang lagi. Dr Vinesh kalau tak silap namanya. doktor gelek2 perot saya, saya tgoklah jugak kat tv tu. entah..tak paham 1 apa pon. nak tanya,,ehh byk songel la plak pesakit ni ekk.. doktor beri penerangan. `ok, kita akan bwt operation pd 31 julai ni. kita tak bwt tgesa2 sbb keadaan awak stabil. tgok mcmana, kalau awak ok, tak demam, kita bagi balik dulu. nnti dtg semula ke hospital`. wahh hati da berbunga2 bila kata boleh balek. balek semula ke wad, Dr. Jerilee beritahu. ` saya harap awak tak demam lah. sbb kalau awak demam, nnti die pecah, akan makan organ2 yg lain. kalau demam cpt2 makan ubat k`. mmg setiap masa nurse akan pantau suhu badan. kalau lebih 37 je, makan ubat ler yerr.. nurse2 pulak yg susah hati.
19 Julai 2013 = 10 Ramadhan 1434 H
eehh dah 10 puasa eh.. dah tak kira pon bpe hari puasa. yg dikira da bpe hari dok kat hospital. bila nak balik ni.. nak balik. nak balik.. huk3... pagi tu, sekitar 9.00 pagi lebih kurang, mcm biasalah. doktor2 akan dtg melawat. ada dr. vinesh, dr. tan, dr. puteri dila, dr. arif, dr. syafiq, dr paling hensem dr. faisol. hihiii... ` `hari ni, awak akan jumpa dgn doktor pakar bius utk beri keterangan pasal operation tu nnti la. kes awak agak rumit. kemungkinan akan berlaku komplikasi. kalau ketumbuhan tu kene pada usus kecil, kita akan potong dan sambung semula. kalau kne pd usus besar, usus besar dipotong dan awak kne pakai beg kat luar utk buang najis selama 6 bulan. lepas tu dimasukkan semula. tpi kalau kne pd rahim, rahim awak akan dibuang. tapi awak jgn risau. kita harap tak berlaku.` jelas dr. vinesh sambil menenangkan saya. maunya tak tergamam bila doc kata mcm tu.. biasa kita tgok kat drama2 je ekk. bila mana doktor beri penjelasan, pelakon menangis. ni bila kne kat diri sendiri..baru tau rasanya mcmana.
pukul 11 lebih, pegi ke klinik anestetik @ bius. doktor beri penerangan berkaitan ubat bius selepas pembedahan. samada nak guna cara kekal @ manual. kekal bermaksud ubat dimasukkan ke bahagian belakang badan. manual bermaksud guna alat picit2. bila rasa sakit baru tekan alat tu untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian pembedahan. soal jawab soal jawab, saya memilih yg manual. takot pulak yang kekal tu. yelah sbb melibatkan bahagian belakang badan. kang lain pulak jadinya nanti utk jangka masa akan datang. walhal doktor tak pon kata macam tu. pandai2 sendiri je kan mengandaikan sesuatu.
2 ulasan:
takutnya lah baca..mmg mcm tengok drama atau baca novel plk..tp ni cite betul2 ni..mmg kenal plk tu kak efah..tengok sihat cm biasa je kan..tk sangka boleh kena cmtu..semoga lpas ni bertambah sihat ye kak..
terima kasih salina sentiasa ikuti perkembangan akak...
Post a Comment