JENIS-JENIS GANGGUAN HAID
Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;
1.Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid.
2.Berapa banyaknya darah haid yang keluar.
3.Jangka waktu haid yang berpanjangan.
4.Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan.
5.Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
6.Kelewatan datang haid.
7.Putus haid.
Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan
jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan
bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary
atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.
Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?
Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun
sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih
dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia
perlu mendapat perhatian daripada doktor. Kegagalan turun haid ini
mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak
normal. Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada
faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. Kadang-kala berlaku di mana
selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen).
Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap
bulan tetapi haid tidak keluar.
Faktor lain yang boleh
mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan
masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?
Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid. Tanda-tanda
seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak
menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. Pemeriksaan tubuh dan perkakas
peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian
ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari.
Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal
pasti punca masalah.
Rawatan bergantung kepada punca masalah.
Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia
tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial
vagina’ dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah
kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.
Haid tidak teratur !
Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada
25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada
setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini
sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam
remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu
penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang
mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan
benih.
Punca terjadinya gangguan haid.
Kegemukkan (obesity)
merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat
atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih
di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan
ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau
misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati
bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).
Bagi
seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau
mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang
berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi
haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak
juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi,
hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini
menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.
Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh
ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau
datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur.
Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam
kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan
oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan
kedatangan haid.
Punca-punca haid berlebihan dan berpanjangan
1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid
yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit,
khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan
senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia
30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit
tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau
dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah
daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di
merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan
seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak
jika dibiarkan.
2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan
lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh
menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.
3. Penggunaan
alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim
(IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang
berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan
atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala
mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi
berpanjangan.
4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga
menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion),
keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.
Jenis-jenis pendarahan luarbiasa:
1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid
(intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau
selepas haid (postmenstrual staining)dan ini mungkin sedikit sahaja dan
tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh
masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh
tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang
mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah
seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan
penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis
ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan.
Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu
masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.
2.Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya
kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya
jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah
berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan
juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti
luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau
jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap
smear’ adalah sangat penting.
3.Perdarahan lepas putus haid.
Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan
ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan
iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh
kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan
ubat hormon oestrogen.
* copy paste