nukilan

Showing posts with label al-kisahnya. Show all posts
Showing posts with label al-kisahnya. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

setahun berlalu

 

laporan perubatan
antara perbualan dgn doc beberapa hari lepas
saya : doc, besar juga yek 15cm tu.. doc agak dah berapa lama duduk dlm perot i ni. n why i tak dpt rasa sakit mse masih kecil lagi. sdgkan kwn i, kecik 5cm pon dah boleh detect awal.
doctor : patot nya soalan tu yg i kne tanya u.

24 Julai 2014, genap setahun menjalani pembedahan pembuangan fibroid & ovarian cyst. namun ianya masih segar dlm ingatan, mcm baru je berlaku. bila teringatkan kisah tersebut, pasti hati tersentuh. 15 hari berkampung di wad 3 barat ( O & G ), dlm bulan puasa, mcm2 cerita ada. merasai sedikit kesakitan yg Allah uji, sgt teruji. ingat lagi, dekat2 nak pembedahan tu, jalan pon dah tak larat. mcm peguin. membawa perot yg agak besar. mengah. sampaikan ada yg tanya, ` dah bpe bulan ni ?`. tak,, tak mengandung pon. tpi ada ketumbuhan yg dah besar.

menanti detik utk di bawa ke bilik pembedahan, hati sgt tenang. segalanya berserah pd Allah. andai pembedahan tersebut berjaya, Alhamdulillah. namun jika sebaliknya,, saya redha pemberian dari Allah. rugi pulak waktu tu takde ambil gambar kenangan. maklumlah, masa tu tak bawa tel yg canggih. tak terfikir pon nak bergambar2.

kiri - ovarian cyst
kanan - fibroid


sebaik keluar je dari dewan bedah, teros terpandang pd bekas besar yg berisi ketumbuhan tersebut. besar tak ? itu lah yg duduk dlm perot saya selama mungkin tempoh 4 atau 5 tahun lebih kurang. hingga ada yg kata, saya mengandung ke. sbb perot besar. hmmm....tak kurang jugak yg kata saya gemok waktu tu.. sabar je la.. 

hari ni, genap setahun, saya bercadang nak bwt sesuatu utk kat hospital tu ( wad ). tapi atas arahan doc saya sendiri, yg juga ketua jabatan, saya akur terpaksa batalkan cadangan tersebut. ada sebab2 nya kenapa tak boleh.. tak apa..faham. tak semua apa yg kita cadangkan tu, mesti betol. 

di kesempatan penulisan ini, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah beri kesihatan yang baik pd saya selepas pembedahan tersebut. sejujurnya, saya tak mampu nak tempuh ujian kesakitan yg Allah beri. linangan airmata yg mampu dizahirkan ketika itu. jutaan terima kasih kepada doktor-doktor yang terlibat dlm pembedahan tersebut. antaranya, dah tentu yg mengetuai kes saya, Dr J. Ravi, Dr Vignes, Dr Kartik, Dr Faisol. kepada nurse-nurse. anda semua sgt profesional. tak mungkin saya akan lupakan segala jasa kebaikan anda. dan tak lupa pd doktor kesayangan saya, Dr Jerilee Khong. beliau sgt baik, ceria je orgnya, cantik juga. kini bertugas di KL pula. moga 1 hari nnti, sya dpt berjumpa dgn Dr Jerilee.




tiap kali jika ada ke HSA, dah tentu saya akan singgah ke klinik O&G. jumpa dgn doktor pakar. walaupun takde temujanji, tetap request nak jumpa doc walaupun sekejap je. itu yg dapatnya. kata-kata motivasi dari Dr Ravi dgn sebatang pen. agak susah sbnrnya nak mintak autograph doktor pakar ni kalau tak ye2. sbb doktor saaaaaaangatttttt sibuk. apa pon, thank you very2 much.




Thursday, January 23, 2014

genap 6 bulan

Hari ini...24.1.2014, genap 6 bulan selepas pembedahan. macam sekejap, macam lama je masa tu berlalu. berakhir sudah tempoh berpantang seperti yang disarankan oleh doktor. walaupun sebenarnya macam tak berpantang sangat pon. heheheee... memang tak dapat nak dinafikan, melalui detik2 sukar selepas bedah, agak menyeramkan.. banyak perkara yang tak boleh nak buat. biarpon pepatah ada menyatakan berat mata memandang.....berat lagi bahu ku memikulnya. berdepan dgn keadaan sakit, cepat penat, cepat mengah, letih, tercungap2, Masyaallah...., cukuplah sekali itu sahaja..
 
` u patot bersyukur sebab u ok. ada lagi yang lebih terok`. itulah kata2 semangat Dr J.Ravi. Doc tak pernah jemu membimbing aku berkaitan soal kesihatan biarpun dari jauh sahaja. thank you so much Doc..... sampai bila2 i tak akan lupa jasa u pada i.. Moga Tuhan memberkati dan merahmati diri u Doc.. 

kini,, aku mula merasakan kehidupan seperti sediakala. dah boleh berlari, panjat, berat badan pon dah menurun. cuma untuk kekalkan momentum sedia ada ni,, agak tercabar jugak lah. apa yg penting, aku nak sihat. taknak sakit2. cukup lah........

jutaan terima kasih kpd kwn2, kenalan2 yang sentiasa beri kata2 semangat dan doa tika aku sakit dulu. tak lupa kpd staff Hospital Sultanah Aminah, bahagian O & G, nurse2, doktor2, semua2 yang berkenaan lah. 

SAYANG KAMU SEMUA.....

Saturday, September 28, 2013

sembang..sembang...


31 Ogos 2013 hari sabtu..

tak di sangka2 saya masok hospital sekali lagi. gara2 stress ketika memandu. haha.. ceritanya mcm ni..  petang tu nak pegi rumah kakak ipar kat Taman Molek, Johor. pagi saya ok je. sihat macam biasa. lebih kurang pukul 3 petang gerak dari rumah. melalui jalan Kota Tinggi - Johor Bahru. disebabkan dah lama tidak berjalan ke sana, saya macam was2 arah tuju jalannya. bila tiba kat 1 jalan, saya tersalah masok lorong. entah ke mana2 peginya. tak dapat nak cam. makin jauh pulak saya drive.. huuhhh stress. dah cuak. dah menangis meleleh airmata time tu. automatik badan jadi lemah. perot pon sakit. drive jugak la slow2.. rupa2nya jalan tu keluarnya kat Taman Perling. ok lah,, tau area tu. susur ke kiri, teros menghala ke Angsana.. tpi saya stop kat Petronas. rehatkan badan. badan mmg dah tak kuat time tu. agak lama jugak berhenti kat situ. memikirkan ke mana arah tuju selepas tu. hari da semakin petang. hujan pulak tu. bila macam da ok sikit, teroskan perjalanan.. nak ikot jalan Angsana. entah macam mana sekali lagi salah masok simpang.. aaaarrrrggghhhhh kat mana ni.. tak pernah sampai sini. blur..blur... nampak 1 mall.. apa ekk, lupa la. stop kat situ. rest. serius,, saya memang tak pernah sampai tempat tu. kat dalam kereta nafas da tercungap2. badan menggigil. suam sejuk macam nak demam. perot sakit. suara dah tak bermaya nak cakap. mujurlah saya ada no tel Dr Ravi. tel doktor bagitau keadaan saya. doktor suruh saya ke hospital. pegi bilik saringan. dalam keadaan badan dah tak kuat time tu,, gagahkan jugak drive ke hospital.

tiba kat hospital, saya maklumkan pada polis yang jaga pintu masok kat bawah tu. bila sebut je nama Dr Ravi, takde masalah. teros polis tu bawa saya ke bilik saringan tingkat 1, guna wheel chair. heeee.... anak2 ikot sama. sampai kat atas tu, badan da melayang2. tel lagi doktor, bagitau da sampai kat bilik saringan. doktor kata nnti die akan call Dr Jerilee tgokkan keadaan saya. bila baring atas katil, selesa la tpi badan masih menggigil. perot makin sakit. badan panas. nak bercakap pon dah tak larat. nurse cek tekanan darah, agak tinggi mula2. cek lagi sekali, baru ok. lepas tu cek darah, cek air kencing. dalam hati ni,, mana lah Dr Ravi dgn Dr Jerilee tak datang2 lagi. taknak tgok saya ke. huhuhuu... tiba2..yess Dr Ravi datang. doktor dari dewan bedah. lengkap berpakaian nak bedahkan orang. dgn sarung tangan. sarung tutup kepala. lainnya rupa doktor. sambil doktor cek nadi kat tangan, sempat jugak berjenaka. ` mana rotan. tolong pegi amek rotan`, kata Dr Ravi kpd staff nya. tercengang yang lain. termasok saya jugak. knp dgn rotan ekk.. nak bwt apa. doktor sambung lagi. `patient ni very2 notty. i nak rotan dia`. ha kau...ramai2 gelak kat situ. teros senyum lebar saya dek krn doktor bwt lawak.. macam biasalah, kne cek perot. iye sakit. Dr Jerilee bwt scan. doktor kata kencing saya kotor. ada jangkitan kuman sbb tu saya sakit perot. kandungan gula dalam badan rendah. 4.2. kan da kene marah dgn Dr Ravi, sbbnya saya tak makan tengahari tu. entah apa yang dibincangkan antara doktor2 tu...sejurus kemudian Dr Ravi pon beredar.. rupanya nak kne masok air. alamakkk... berejam lagi la saya kat bilik saringan tu.. kesian kat wawa abby. entah apa diorang bwt kat luar tu.. takde yang jaga.




kann dah.... sebelum nak kne cucuk jarum, Dr Jerilee pesan kat Dr Omar ( doktor junior ). be nice k my patient. sweetnya... terbelek2 tgn saya Dr Omar cari urat. haha.. urat saya mmg susah nak cari. last2 jumpa gak. naseb sekali je cucuk. pandai doktor.. diberi roti. kne makan. aircond dlm bilik saringan tu, punyalah sejuk gilerr... menggigil2 badan kesejukan.. bagitau kat Dr Jerilee, sejuk sgt. tak tahan. dipindahkan ke bilik belakang pula. sebelum tu jengah tengok anak2. punyalah terkejut bila dapat tau wawa takde dgn abby. abby kata wawa ikot orang. ada orang ajak wawa.. Ya Allah...hati sape tak keruan bila anak takde. time tu rasa nak cabut je jarum kat tgn. nak turun cari wawa.. nurse tahan saya dari bangon. beberapa minit kemudian, wawa muncul dari lif. dgn seorang makcik. makcik tu kata die kesian kat anak2 saya. mcm kelesuan sbb tak makan. makcik tu belikan makanan & minuman utk anak2. huuhhh lega rasa hati. tpi saya tidak berkesempatan nk ucap terima kasih pd makcik tu.. moga Allah merahmati dan melindungi makcik tu.



kalau ikotkan, saya kne masok wad. nak kne masok antibiotik.. ha? antibiotik? taknak la doktor.. takpelah, saya rest dulu kat sini. tgok mcmana ea... bila pindah kat bilik belakang, diberi makan kuih. wahh specialnya layanan.. tak sangka2.. terima kasih doktor.. lepas da makan,, ok la. da boleh senyum. bila air da habis, sekali lagi cek air kencing dgn darah. okeyyyy.... da boleh balek. 9.30 malam discharge.. thanks you Dr Jerilee... ingat nak bergambar tpi doktor kata tak cun mase tu. sbb doktor pakai baju hospital. next appointment nnti boleh.. orait..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

24 September 2013, Selasa


tarikh ni pegi hospital hanya amek ubat sahaja.. tapi, saya amek kesempatan dan peluang ni nak jumpa dgn doktor2 kesayangan saya. of coz la Dr Ravi dan Dr Jerilee.. sebelum tu saya mmg dah maklumkan pd mereka nak jumpa sbbnya nak bagi cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan. sekadar mug sahaja yang dapat saya dedikasikan untuk doktor. tapi bukan senang2 nak jumpa doktor. kne jumpa PA doktor dulu, bagitau.. ikut giliran. masa tu ada juga pesakit lain appointment dgn doktor. time tu tahap kesihatan saya merosot sikit. badan lemah, menggigil. jalan pon dah tak betol. mana taknya, sebelum tu dok merayap ngan Abg.. tu yang kepenatan. sejam jugak menunggu, turn saya dapat masok bilik doktor. salam dgn doktor,, doktor tnya, `why u menggigil`. ckp jela penat. tpi apa yg buat saya boleh tersenyum bila doktor kata saya dah kurus.. doktor soh timbang. 65.5 kg. bulan lepas 69 kg.. teros nyatakan tujuan nak jumpa doktor.

lepas tu doktor suruh baring kat katil. nak cek perot. scan, doktor tunjukkan mana letaknya kidney ( buah pinggang ), pundi kencing dan haaa...yg ini ilmu baru tau. iaitu kedudukan hati. selama ni ingat hati letaknya kat dada. silap. hati letaknya di sebelah buah pinggang kanan. saya tgok muka Sister Rozima, Sister tgok muka saya.. lepas tu gelak.  ada lagi...doktor tunjukkan ketebalan lemak yang tersembunyi kat perot. ` ada apa2 ubat @ krim yg boleh pecahkan lemak tak doktor`. ni jawapan doktor.. `ada, tapi itu u kne buat sendiri. 3x seminggu`. `apa die`. `u kne exercise`. adoohaiii doktor ni kannn.... selamba je bwt lawak. `u tau berenang tak`. `tak. why..doktor tau berenang ea. bolehlah ajarkan i`. dgn muka serius doktor jawab, `i pon tak tau berenang. kalau i tau berenang pon i selamatkan diri i dulu`. orang kalau tengah sakit time tu,, automatik boleh jadi baik teros. saya dgn Sister Rozima dah mcm best fren. boleh ketawa2 dgn doktor. padahal baru 2x jumpa waktu appointment. bila time serius, serius la kan... doktor berkali2 pesan. banyakkan berehat. jgn angkat berat. baik doktor.. i akan ikot arahan doktor.

dalam masa tengah check up dgn doktor, tel asik berbunyi jer. Abg tel byk kali. tapi tak dapat nak jwb. lepas keluar dari bilik doktor, baru tgok tel. baca msj, Abg tulis, die suruh saya balek drive sendiri. sbb guide dah tel suruh amek. Allhahuakbar...bagai jatuh ditimpa tangga. dah la badan tak kuat time tu. nak berjalan pon tak larat. lemah. teros tel doktor. `doktor, i kne balek sendiri. husband da pegi dulu sbb keje. badan i penat la doktor`. `kesian u. u rest dulu. i ada meeting kejap lagi`. kuatkan jugak la kaki melangkah.. ooo tak boleh. berhenti duduk lagi. nafas dah tercungap2. badan menggigil. panas. airmata dah meleleh.. tel lagi doktor, `doktor, badan i panas, menggigil. lemah badan i ni doktor. i tak keluar lagi dri hospital. ada kat ruang pemulihan fisioterapi`. teros doktor matikan tel.. beberapa minit kemudian, datang Sister Rozima. Sister tak bagi saya drive balek dalam keadaan mcm tu. kak Roz papah saya balek semula ke bilik doktor.


hihiii... saya rest kat katil bilik doktor. nyamannya dapat baring. adalah dalam sejam. kak Roz bagi air. bukakkan kipas. sempat jugak msj kat Dr Jerilee, bagitau saya ada kat bilik Dr Ravi.. dalam pukul 2 ptg, Dr Jerilee pon sampai.. gembira tak terhingga dapat juga jumpa Dr Jerilee.. `wahh makin kurus dan cantik la awak`. `ala doktor, mana ada. biasa je. doktor, nak bergambar`. bingkas bangon dari katil. nak bergambar sama2.


nak upload gambar pon kne minta kebenaran dulu tau.. bukan boleh sesuka hati je nak publish kat umum. gambar dgn Dr Ravi je tak dapat nak upload sbb belom dapat kebenaran doktor lagi. lepas da selesai semua perkara, menunggu kawan kak Roz pula. kak Roz minta kawannya drive hantar saya sampai ke rumah.. baiknya hati kak Roz. tak tau nak balas dgn apa jasa baik kak Roz. terima kasih byk2 sbb tolong efa ya kak. next month kita jumpa lagi.

Friday, September 27, 2013

sembang...sembang...



15 Februari 1984, hari rabu saya dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. masa tu nama Hospital Besar Johor Bahru ( tgok pada cop kat surat beranak ), pada jam 9.20 pagi dgn kaedah pembedahan. menurut cerita dari ibu, saya dah lemas dalam kandungan. sejurus dilahirkan, saya dimasukkan ke dlm inkubator. 21 Jun 2004, hari isnin saya pula melahirkan anak pertama di sini, pada jam tepat 12.00 tengahari. 13 Julai 2013, hari sabtu, sekali lagi saya berada di HSAJB kerana mendapat sakit mengejut ketika itu. 15 hari berkampung di hospital.

Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa. Maha Mendengar. Maha Mengetahui.... saya pernah berdoa pada Allah,, mohon diberi sakit yang serius. supaya saya dapat masok hospital. berehat panjang di hospital. lupakan seketika kehidupan seharian yang dilalui... ternyata Allah makbulkan doa saya.. syukur alhamdulillah... saya tidak pernah menyesal dgn apa yang Allah uji. saya redha jika itu takdir yang diberi.. 15 hari berada di hospital, sebenarnya best jugak. yela..bukan selalu. byk yg saya perolehi ketika itu.. belajar bersabar, belajar tahan makan - sbb makan ikot time. lepas tu menu nya tidak menepati selera tekak.. hihiii... belajar bersendirian tanpa ditemani org2 tersayang - suami, anak2. cumanya suasana persekitaran tidak berapa selesa jela.. bukan hotel kalau iye pon. panas, bising, katil yg tinggi. takde tv, radio.. boring la senang ceritanya..bila kat wad tu, mcm2 ragam pesakit sebenarnya kan. sebelum tiba masa saya menjalani pembedahan, dapat juga lah melihat reaksi mereka. macam2 jenis penyakit khususnya golongan wanita. ada kes mengandung luar rahim, uri tertinggal dalam rahim, ketumbuhan,, macam2 lah.. dengar mereka cerita,, berkerut juga dahi ni.. padahal tak tau lagi apa akan jadi pada diri sendiri..


apa ni? ni la medium untuk mengukur tahap pernafasan seseorang selepas menjalani pembedahan besar mcm saya.. sbb lepas pembedahan, agak sukar saya nak bernafas secara normal. tercungap2 pon iye.. jdi alat ni membantu praktis bernafas, kawal pernafasan..dan juga membantu mempercepatkan pengembangan paru2. terjemahannya lebih kurang macam tu la..  caranya sedut nafas melalui tiub kat hujung tu, nnti tekanan dari dalam balang tu akan naik dan menandakan aras max pernafasan kita. kalau mata anda tajam penglihatan,, tu tgok kan ada sukat2nya kan. Dr Kartik kata, kalau  saya boleh sampai kat garisan atas sekali tu, confirm time tu jugak boleh balek.. peehhhh... mse mula2 test, boleh sampai takat hampir separuh la.. bila kerap praktis, meningkat sikit2.  pulak tu, Dr Kartik suruh sya buat dpn die. uuiii punyalah exited. sekali tarik je..wahh melepasi separuh tu.. lepas tu semput semula. ahaha...


14 hari cek in kat wad 3 barat O & G, 4 kali bertukar no katil. no 12 adalah katil yg terakhir saya menginap. hik3.. ni dah siap2 kemas lah ni nak balik sesangat2.. tgok ha byknya beg2. rasa sayu jugak nak tinggalkan semua yang ada kat hospital. terlalu byk kenangan. mcm2 ada.. saya tak segan silu lah kalau diminta untuk datang semula ke sini tapiiiiiii bukan sebagai pesakit lah.. tapi sebagai doktor tak bertauliah. ala gurau jerr...

selepas discharge dari hospital 27.7.2013, bermulalah episod berpantang sendiri. tanpa pemantauan dari nurse dan doktor. sampai je rumah petang tu,, demam.. letih nya badan. susah nak bergerak bangon. kne tekap tangan kat perot. setapak2 bjalan dalam rumah. nak buang air pon payah. tandas kat rumah bukan tandas duduk.. pandai2 lah mcmana nak gayakan.. huuuhhhh... mandi pon lap2 badan je. dalam keadaan duduk di kerusi. 33 hari jugak la mandi lap2.. hihii... punyalah nak jaga jahitan supaya tak basah.. volume suara masih lagi di tahap minimum. sopan santun je cakap. tapi skrg haa amekaw... tarzan pon kalah tau kalau saya menjerit.. selama 7 hari berulang pagi & malam ke Klinik Kesihatan Bukit Besar untuk injection cairkan darah beku selepas pembedahan. doktor ada nak ajar cucuk sendiri kat peha tapi tak berani lah.. ada kang tercucuk lain.. lebih baik pegi klinik, nurse yang cucukkan. lagi selamat. injec pagi di lengan kanan, malam di lengan kiri..

hari ke-2 selepas keluar dari hospital, jiran2 ada datang melawat.. tak dapat nak rest. takkan nak suruh balek ekk. kalau da sorang datang borak2 dekat 2 3 jam... hmmmm.... petang tu badan rasa sgt3 lemah. tak bermaya nk bjalan. pukul 8 malam pegi klinik. rasa nak rebah kat klinik. nurse cek tekanan darah. agak rendah. muka da pucat. tido malam tak selesa. panas. nak bgerak2 pon terbatas. tengah2 malam asyik bangon buang air. pelan2 mengiring...berpaut pd kerusi nk bangon.. ada masa nya tak boleh nak bangon. tarik nafas dulu, baru boleh bangon.. seksa tau.. lagi seksa bila time batuk. sukar nak digambarkan macam mana keadaan saya nak kawal batuk. bagai nak putus nafas ni. tsekat2..keluar airmata. tbongkok2 badan sbb nak jaga jahitan. tido pon sopan je. tak nakal2. ( perkataan yang selalu doc saya gunakan ). keesokannya, pukul 8 pagi, pegi klinik. badan da lembik time tu. nurse cek tekanan darah. sgt rendah. kne pulak amek darah. resultnya berapa ntah. 21.6 kot. tak ok la. kne refer dgn doktor. doktor kata ni perkara biasa yang akan dialami lepas menjalani pembedahan besar. mmg nak kne banyak rehat. tido. yang hepinya ketika ini,, berat saya 65kg tau.. pecah rekod la. sbb dlm tempoh 4 tahun berusaha utk kurangkan berat badan namun tidak berhasil. sng2 je kan berat turun.

selera makan belom ada sangat. makan kne pantang. Abg masakkan sup ikan haruan. sedap ekk ikan haruan. nak makan nugget pon Abg panggang. tak goreng guna minyak.. pon sedap jugak.  sepanjang masa kejenya tidooooo jela. hihihiii... time2 berpantang ni la baru nampak saya pakai kain batik. ahaha... tak pernah umurnya saya pakai kain batik bila di rumah. leceh la.. Abg kata, kan manis pakai kain batik ni.. eeerrrkkkk...., saya mencebikkan bibir.. 2 minggu lepas pembedahan, ok2 la.. walaupun sibuk untuk persiapan Hari Raya, tapi masih lagi menjaga kesihatan. tak buat keje2 berat @ panjat2. dalam masa yang sama sempat jugak siapkan langsir raya. pegi shopping cari baju raya anak2. last2 minit sempat jugak bwt 1 jenis kuih raya, yang paling simple dan senang, cornflakes la apa lagi. ihikk...

yang sedihnya saya demam dari hari raya pertama hingga raya ke-5. badan hangat2 je sepanjang hari.. takde beraya ke mana pon. stay di rumah je.. kesian kan. anak2 la paling terasa. tak pasti apa sebab demam. mungkin kerana benang pada jahitan terkeluar dari lapisan dalam. tegang pada bahagian pusat. bila tegakkan badan, benang tu akan tegang la. menarik kulit bwh & atas.. uuuiiii.... milu2. sblm tu, pada pelipat pusat da terbukak sikit jahitannya tu.. pegi klinik. nurse cuma bersihkan je. dressar kata tak apa2. kalau nanah yang meleleh tu bahaya. takot ada jangkitan kuman. saya tnya, habis ni nnti kne jahit semula ke.. punyalah takot. MA ( medical assisstant ) kata tak. ada seorang akak ni, kak Normah Dasuki bgtau, try guna minyak Jersslin Oil. post kat fb mana nak dapat minyak tu. kebetulan kak Ayu Citarasa Rinduan ada jual. try la sapu minyak Jersslin Oil pada bahagian yg bernanah tu. 3 hari guna, luka ada beza. kecut sikit la tapi benang yang tegang di pusat tu menyukarkan keadaan.. da pegang dah gunting. rasa mcm nak gunting je benang tu.. kejap lagi MA, Hafiy Yahya a.k.a epy kata jgn. nnti kne jahit semula. hah?? o tak nak tak nak. esoknya pegi klinik. nurse tgok jahitan. nurse kata luka ni da cantik dah.. da rapat semula. da ok. cuma benangnya tu mmg tak boleh digunting. nnti benang dalam akan tertanggal, nnti kne jahit semula.. ooooo.... faham2...

sebenarnya saya menghitung hari untuk appointment dgn Dr. J.Ravi.. sgt2 exited nak jumpa doktor.. nak bagi surprise kat doktor. tapi persiapan diri diutamakan. pastikan luka jahitan da kering. badan sihat. hari yang dinanti2kan, 27.8.2013 hari selasa. dgn Abg pegi hospital. appointment pukul 10 pagi. buka je pintu bilik doktor, teros doktor kata ` wahh, u sudah lain la `. best tak bila doktor kata camtu. hihii... kenapa lain? sbbnya imej da lain sikit. rambut da rebonding. muka da mekap 10 inci tebal. mase kat wad dulu mana ada mekap2. muka tak pakai krim. pakai baju orang sakit.. yang tak bestnya,, bila timbang,, 69kg. hah?? ` why naik?`, kata doktor. appointment yang pertama, sebulan selepas pembedahan, untuk mengetahui keputusan. doktor menerangkan tentang keadaan saya yang sebenar mcmana. hasil dari ujian tersebut menyatakan ovari kanan saya telah hancur. terpaksa dibuang. yg sebelah kiri pon ada juga. tpi doktor buang separuh. kini saya hanya ada separuh ovari sahaja. doktor kata, kalau saya lambat datang hospital, organ dalaman saya akan habis.. terkedu time tu. tak tau nak cakap apa. begitu serius sakit yang saya tanggung selama ni. saya tnya, boleh mengandung lagi ke. doktor kata boleh, tapi susah sikit. tapi, berita gembiranya adalah, ianya bukan kanser. itu yang bagosnya.

doktor pesan, perlu banyakkan berehat. jgn angkat berat. sekurang2nya untuk tempoh 6 bulan,  untuk memastikan luka dalaman benar2 baik. disarankan minum air soya. sya tnya dgn doktor, knp badan rasa letih sgt2. walaupun hanya duduk di rumah sahaja. rasa berat je badan. kadang pagi ok,, tiba2 petang k.o. lepak... doktor kata ini kerana sya hanya tinggal separuh ovari sahaja. dalam erti kata lain, bahasa mudahnya ovari tu agak susah nak beroperasi. dah tak kuat. kalau sblm pembedahan rasa sakit di bahagian kanan,, lepas pembedahan rasa sakit di bahagian kiri pula. terlalu banyak persoalan sebenarnya yang saya nak persoalkan dengan doktor tpi tu lah,, bukan saya sorang je pesakit kan. next appointment je la kalau ada nak tanya.

 


doktor beri pil hormon untuk apa ekk... alaa tak reti la nak terangkan. untuk cover semula la hormon saya ni. so far, pil ni memang membantu. next appointment 2 bulan akan datang. doktor pesan, jangan gemuk. nak tengok mesti ada perubahan. sebelum balik, surprise yang dimaksudkan, saya beri roti naik gula dan floss untuk doktor dan staff yang lain.. 4 loyang. sambil menyelam minum air.. apa lagi,, promote la biz saya..