nukilan

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Mineral Coffee

Photo: Oder laju2..
Sementara masih ada promotion.. 
PROMOSI::!! 
BELI mineral cofee dengan bilangan BERGANDa (2,4,6,8&10).. dan dapatkan FREE GIFT untuk setiap pembelian.. 

Berbaloi-baloi...
Pm/whatsApp 0197535768
GARAM BULUH ADALAH RAWATAN ALTERNATIF UNTUK MASALAH:

Kencing manis, Darah Tinggi, Masalah Jantung, Masalah Kulit, Gaout, Ekzema, Kemurungan, Lemah Tenaga Batin, Kegemukan, Susah Tidur, Kencing Malam, Sembelit, Usus, Kekedutan, Kencing Tak Lawas, Hipetitis B, Demam, Deman Campak, Masalah Kurang Zat, Meningkat Selesa Makan, Luka, Gatal Kulit, Kurap, Panau, Kurang Mineral, Nyanyuk, Luka Kencing Manis, Stress dan Meningkatkan Daya Penyembuhan

MINERAL COFFEE kaya dengan MAGNESIUM

Kopi Mineral diformulasikan dengan Garam Buluh berorganik dari Korea yang semulajadi, diadun bersama serbuk kopi segar Robusta yang amat mengharumkan. Adunan istimewa kopi ini bukan sahaja memenuhi kepuasan para penggemarnya dengan aroma yang menyegarkan, malahan membekalkan pelbagai bahan mineral terutamanya Magnesium.

MAGNESIUM merupakan sumber mineral untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium. Magnesium juga dikenali sebagai mineral anti stress! (The most relaxation mineral).

Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

kenapa Mineral Coffe adalah pilihan yang terbaik??
1. Kaya dengan Mineral yang diperlukan oleh badan

2. Dapat meneutralkan ASID dalam badan

3. Bersifat anti-oksidan yang mampu melawan sel kanser

4. Mampu menjadi diet harian

5. Mencegah komplikasi Kencing Manis

6. Menstabilkan tekanan darah

7. Mencegah dan memulihkan Gastrik

8. Mencegah Osteoporosis

9. Merendahkan risiko sakit jantung

10. Mengubati Asma

11. Mencegah Migraine

12. Memberi Kesegaran dan Tenaga sepanjang masa

13. Anti Penuaan


Tuesday, October 1, 2013

khasiat peluk isteri



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,"

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

PERINGATAN USTAZ : ini KHAS untuk ISTERI sahaja ye , kalau peluk COUPLE dosa tanggung sendiri, ingat azab akhirat menanti.

panduan kuruskan badan

 
Amalkan panduan ini :
 
1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

petua awet muda


Petua Mudah Untuk Kelihatan Cantik Dan awet Muda

Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.

Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.