31 Ogos 2013 hari sabtu..
tak di sangka2 saya masok hospital sekali lagi. gara2 stress ketika
memandu. haha.. ceritanya mcm ni.. petang tu nak pegi rumah kakak ipar
kat Taman Molek, Johor. pagi saya ok je. sihat macam biasa. lebih kurang
pukul 3 petang gerak dari rumah. melalui jalan Kota Tinggi - Johor
Bahru. disebabkan dah lama tidak berjalan ke sana, saya macam was2 arah
tuju jalannya. bila tiba kat 1 jalan, saya tersalah masok lorong. entah
ke mana2 peginya. tak dapat nak cam. makin jauh pulak saya drive..
huuhhh stress. dah cuak. dah menangis meleleh airmata time tu. automatik
badan jadi lemah. perot pon sakit. drive jugak la slow2.. rupa2nya
jalan tu keluarnya kat Taman Perling. ok lah,, tau area tu. susur ke
kiri, teros menghala ke Angsana.. tpi saya stop kat Petronas. rehatkan
badan. badan mmg dah tak kuat time tu. agak lama jugak berhenti kat
situ. memikirkan ke mana arah tuju selepas tu. hari da semakin petang.
hujan pulak tu. bila macam da ok sikit, teroskan perjalanan.. nak ikot
jalan Angsana. entah macam mana sekali lagi salah masok simpang..
aaaarrrrggghhhhh kat mana ni.. tak pernah sampai sini. blur..blur...
nampak 1 mall.. apa ekk, lupa la. stop kat situ. rest. serius,, saya
memang tak pernah sampai tempat tu. kat dalam kereta nafas da
tercungap2. badan menggigil. suam sejuk macam nak demam. perot sakit.
suara dah tak bermaya nak cakap. mujurlah saya ada no tel Dr Ravi. tel
doktor bagitau keadaan saya. doktor suruh saya ke hospital. pegi bilik
saringan. dalam keadaan badan dah tak kuat time tu,, gagahkan jugak
drive ke hospital.
tiba kat hospital, saya maklumkan pada polis yang jaga pintu masok kat
bawah tu. bila sebut je nama Dr Ravi, takde masalah. teros polis tu bawa
saya ke bilik saringan tingkat 1, guna wheel chair. heeee.... anak2
ikot sama. sampai kat atas tu, badan da melayang2. tel lagi doktor,
bagitau da sampai kat bilik saringan. doktor kata nnti die akan call Dr
Jerilee tgokkan keadaan saya. bila baring atas katil, selesa la tpi
badan masih menggigil. perot makin sakit. badan panas. nak bercakap pon
dah tak larat. nurse cek tekanan darah, agak tinggi mula2. cek lagi
sekali, baru ok. lepas tu cek darah, cek air kencing. dalam hati ni,,
mana lah Dr Ravi dgn Dr Jerilee tak datang2 lagi. taknak tgok saya ke.
huhuhuu... tiba2..yess Dr Ravi datang. doktor dari dewan bedah. lengkap
berpakaian nak bedahkan orang. dgn sarung tangan. sarung tutup kepala.
lainnya rupa doktor. sambil doktor cek nadi kat tangan, sempat jugak
berjenaka. ` mana rotan. tolong pegi amek rotan`, kata Dr Ravi kpd staff
nya. tercengang yang lain. termasok saya jugak. knp dgn rotan ekk.. nak
bwt apa. doktor sambung lagi. `patient ni very2 notty. i nak rotan
dia`. ha kau...ramai2 gelak kat situ. teros senyum lebar saya dek krn
doktor bwt lawak.. macam biasalah, kne cek perot. iye sakit. Dr Jerilee
bwt scan. doktor kata kencing saya kotor. ada jangkitan kuman sbb tu
saya sakit perot. kandungan gula dalam badan rendah. 4.2. kan da kene
marah dgn Dr Ravi, sbbnya saya tak makan tengahari tu. entah apa yang
dibincangkan antara doktor2 tu...sejurus kemudian Dr Ravi pon beredar..
rupanya nak kne masok air. alamakkk... berejam lagi la saya kat bilik
saringan tu.. kesian kat wawa abby. entah apa diorang bwt kat luar tu..
takde yang jaga.

kann dah.... sebelum nak kne cucuk jarum, Dr Jerilee pesan kat Dr Omar (
doktor junior ). be nice k my patient. sweetnya... terbelek2 tgn saya Dr
Omar cari urat. haha.. urat saya mmg susah nak cari. last2 jumpa gak.
naseb sekali je cucuk. pandai doktor.. diberi roti. kne makan. aircond
dlm bilik saringan tu, punyalah sejuk gilerr... menggigil2 badan
kesejukan.. bagitau kat Dr Jerilee, sejuk sgt. tak tahan. dipindahkan ke
bilik belakang pula. sebelum tu jengah tengok anak2. punyalah terkejut
bila dapat tau wawa takde dgn abby. abby kata wawa ikot orang. ada orang
ajak wawa.. Ya Allah...hati sape tak keruan bila anak takde. time tu
rasa nak cabut je jarum kat tgn. nak turun cari wawa.. nurse tahan saya
dari bangon. beberapa minit kemudian, wawa muncul dari lif. dgn seorang
makcik. makcik tu kata die kesian kat anak2 saya. mcm kelesuan sbb tak
makan. makcik tu belikan makanan & minuman utk anak2. huuhhh lega
rasa hati. tpi saya tidak berkesempatan nk ucap terima kasih pd makcik
tu.. moga Allah merahmati dan melindungi makcik tu.

kalau ikotkan, saya kne masok wad. nak kne masok antibiotik.. ha?
antibiotik? taknak la doktor.. takpelah, saya rest dulu kat sini. tgok
mcmana ea... bila pindah kat bilik belakang, diberi makan kuih. wahh
specialnya layanan.. tak sangka2.. terima kasih doktor.. lepas da
makan,, ok la. da boleh senyum. bila air da habis, sekali lagi cek air
kencing dgn darah. okeyyyy.... da boleh balek. 9.30 malam discharge..
thanks you Dr Jerilee... ingat nak bergambar tpi doktor kata tak cun
mase tu. sbb doktor pakai baju hospital. next appointment nnti boleh..
orait..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
24 September 2013, Selasa
tarikh ni pegi hospital hanya amek ubat sahaja.. tapi, saya amek
kesempatan dan peluang ni nak jumpa dgn doktor2 kesayangan saya. of coz
la Dr Ravi dan Dr Jerilee.. sebelum tu saya mmg dah maklumkan pd mereka
nak jumpa sbbnya nak bagi cenderahati sebagai tanda terima kasih dan
kenang-kenangan. sekadar mug sahaja yang dapat saya dedikasikan untuk
doktor. tapi bukan senang2 nak jumpa doktor. kne jumpa PA doktor dulu,
bagitau.. ikut giliran. masa tu ada juga pesakit lain appointment dgn
doktor. time tu tahap kesihatan saya merosot sikit. badan lemah,
menggigil. jalan pon dah tak betol. mana taknya, sebelum tu dok merayap
ngan Abg.. tu yang kepenatan. sejam jugak menunggu, turn saya dapat
masok bilik doktor. salam dgn doktor,, doktor tnya, `why u menggigil`.
ckp jela penat. tpi apa yg buat saya boleh tersenyum bila doktor kata
saya dah kurus.. doktor soh timbang. 65.5 kg. bulan lepas 69 kg.. teros
nyatakan tujuan nak jumpa doktor.
lepas tu doktor suruh baring kat katil. nak cek perot. scan, doktor tunjukkan mana letaknya kidney ( buah pinggang ), pundi kencing dan haaa...yg ini ilmu baru tau. iaitu kedudukan hati. selama ni ingat hati letaknya kat dada. silap. hati letaknya di sebelah buah pinggang kanan. saya tgok muka Sister Rozima, Sister tgok muka saya.. lepas tu gelak. ada lagi...doktor tunjukkan ketebalan lemak yang tersembunyi kat perot. ` ada apa2 ubat @ krim yg boleh pecahkan lemak tak doktor`. ni jawapan doktor.. `ada, tapi itu u kne buat sendiri. 3x seminggu`. `apa die`. `u kne exercise`. adoohaiii doktor ni kannn.... selamba je bwt lawak. `u tau berenang tak`. `tak. why..doktor tau berenang ea. bolehlah ajarkan i`. dgn muka serius doktor jawab, `i pon tak tau berenang. kalau i tau berenang pon i selamatkan diri i dulu`. orang kalau tengah sakit time tu,, automatik boleh jadi baik teros. saya dgn Sister Rozima dah mcm best fren. boleh ketawa2 dgn doktor. padahal baru 2x jumpa waktu appointment. bila time serius, serius la kan... doktor berkali2 pesan. banyakkan berehat. jgn angkat berat. baik doktor.. i akan ikot arahan doktor.
dalam masa tengah check up dgn doktor, tel asik berbunyi jer. Abg tel byk kali. tapi tak dapat nak jwb. lepas keluar dari bilik doktor, baru tgok tel. baca msj, Abg tulis, die suruh saya balek drive sendiri. sbb guide dah tel suruh amek. Allhahuakbar...bagai jatuh ditimpa tangga. dah la badan tak kuat time tu. nak berjalan pon tak larat. lemah. teros tel doktor. `doktor, i kne balek sendiri. husband da pegi dulu sbb keje. badan i penat la doktor`. `kesian u. u rest dulu. i ada meeting kejap lagi`. kuatkan jugak la kaki melangkah.. ooo tak boleh. berhenti duduk lagi. nafas dah tercungap2. badan menggigil. panas. airmata dah meleleh.. tel lagi doktor, `doktor, badan i panas, menggigil. lemah badan i ni doktor. i tak keluar lagi dri hospital. ada kat ruang pemulihan fisioterapi`. teros doktor matikan tel.. beberapa minit kemudian, datang Sister Rozima. Sister tak bagi saya drive balek dalam keadaan mcm tu. kak Roz papah saya balek semula ke bilik doktor.