nukilan

Saturday, September 20, 2014

Kitaran Haid

Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yg ingin mendirikan rumah tangga.

Secara teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yg didatangi haid setiap bulan adalah wanita yg subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg dipanggil sebagai 'hari subur').

Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yg tidak tetap (bukan antara 28-35 hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yg panjang (bukan antara 4-8 hari), peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.

Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:

KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.

BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.



HAID TIDAK TERATUR
--------------------------------

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

✔ Tekanan.
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

✔ Ubatan:
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

✔ Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

✔ Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

✔ Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

✔ Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

✔ Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

✔ Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

✔ Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

✔ Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.


APAKAH PCOS - PUNCA PERIOD TIDAK STABIL
-------------------------------------------------------------------


´Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS
------------------------------------------------

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.

------------------------------------------------------------------------------------------



Pakar Sakit Puan

KETUMBUHAN FIBROID
-----------------------------------

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Apakah Gejala-gejala Fibroid?

Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung.

Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen. Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.


Gangguan Haid

Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.


Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing

Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.


Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)

Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.









Apakah yang dikatakan endometriosis?
-----------------------------------------------------

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada sesetengah lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.

Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadangkala kesakitan masih ada lagi.

Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis.

Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, sama ada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak, mereka tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis, mereka menjalani pemeriksaan ultrasound melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila di bahagian dalam ditekan dengan jari doktor, bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit.

Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Sunday, September 7, 2014

bersalin normal vs pembedahan





Please.....
Before u guys dok kata.....tak valid orang bersalin ceaser kena berpantang untuk jaga kerapian faraj selepas bersalin....think again......
Mmg benar....orang bersalin c-sect...lubang faraj tak terusik dgn proses pengeluaran bayi....
Akan tetapi....
Bila buat kemutan utk kagel atau aktiviti seksual bersama suami....korang kena pakai otot mana? Otot paha ke otot perut.
Jom kita buat kegel sekarang. Cuba rasa lagi sekali. Bahagian mana yang bergerak? Perut ke peha.
Yes....perut.
Otot perut yamg menarik urat kemut kita supaya berfungsi. And guess what....korang yg c-sect....otot korang dah DIPOTONG dan DILAPAH.
So....kalau tak pantang lepas bersalin c-sect....apa korang rasa akan terjadi?
Yes.....faraj masih intact "sempit"....tapi kaku sebab tak mampu mengemut.
And bila tak mampu mengemut....macam mana nak buat kegel utk kuatkan pelvic floor. Kalau tak mampu buat kegel...lama2 longgar juga saluran farajnya dik....
Kalau dah pelvic floor tak kuat....macam mana nak elakkan masalah prolapsed in d future?
Nampak tak how c-sect really effect our sexual and daily life wahai wanita2?
So.....bg sy untung lagi yang bersalin normal. Sy yg 2 kali c-sect ni pun....punya hati2 dalam penjagaan pantang.
Supaya apa?
Supaya mampu jadi isteri yg berfungsi sihat...sampai tua.
Maaf jika anda rasa sy terlalu open. And guess what....pm sy penuh perihal masalah wanita yang tidak mampu perform. Dan kebanyakkannya.....mmg tidak berpantang.
So....bila suami dh merungut....atau suami jenis touch n go sekadar melepaskan tanggungjawab....maka dimana kebahagian dan keintiman rumahtangga.
Bidan dulu2...mmg maklum tentang perihal ni. Sbb tu selalu momokkan perihal suami cari lain. Sbb nilai malu mereka sangat2 tinggi. Mereka tak mampu berterus terang. Ttp budak2 zaman sekarang....degil tak bertempat. So maaf jika sy terpaksa cerita selak dalam kain.
No joke ok bila suami isteri dh start menjeling tidak puas. No joke. I just want our society have long lasting marriage. Thats all. Take it. Or leave it.




Apakah Itu Suntikan Epidural Semasa Bersalin?

Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan ketika bersalin. Lebih daripada 50% wanita yang melahirkan anak di hospital menggunakan epidural anestesia. Ibu hamil harus mempelajari sebanyak mungkin tentang pilihan melegakan kesakitan supaya anda akan lebih bersedia untuk membuat keputusan semasa proses kelahiran. Anda harus memahami jenis epidurals, cara penggunaan, manfaat dan risiko untuk membantu anda dalam membuat keputusan semasa kelahiran bayi.

Apakah suntikan epidural?

Suntikan epidural bius tempatan akan melegakan kesakitan di bahagian badan tertentu sahaja. Epidurals menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan sensasi pada bahagian separuh bawah badan. Ubat epidural dikelaskan dalam ubat-ubatan yang dikenali sebagai anestetik tempatan, seperti bupivacaine, chloroprocaine, atau lidocaine.

Bagaimana epidural disuntik?

Cecair intravena (IV) akan mula disalurkan kepada ibu hamil sebelum kelahiran peringkat aktif bermula dan sebelum prosedur meletakkan epidural. Anda akan diminta untuk menoleh belakang anda dan kekal berbaring di sebelah kiri anda atau duduk. Kedudukan ini adalah penting untuk mencegah masalah dan meningkatkan keberkesanan epidural. Antiseptik akan digunakan untuk membersihkan kawasan pinggang belakang bahagian bawah untuk mengurangkan peluang jangkitan kuman. Anda akan disuntik dengan anestetik setempat di belakang anda supaya bahagain belakang anda dibius. Jarum akan dimasukkan ke dalam kawasan bius di sekeliling saraf tunjang di bahagian bawah belakang anda. Selepas itu, satu tiub yang kecil atau kateter akan disalur dalam melalui jarum ke dalam ruang epidural. Jarum kemudian dikeluarkan dengan perlahan, meninggalkan kateter di tempat untuk memberi ubat sama ada melalui suntikan berkala atau suntikan berterusan. Kateter akan dilekatkan ke belakang untuk mengelakkan daripada terjatuh.

Apakah faedah suntikan epidural?

Membenarkan anda untuk berehat jika proses kelahiran bayi berpanjangan.
Mengurangkan ketidakselesaan semasa bersalin, sebahagian wanita mempunyai pengalaman bersalin yang lebih positif
Biasanya, epidural akan membolehkan anda kekal sedar dan masih mempunyai tenaga untuk meneran dalam proses bersalin.
Jika anda melahirkan anak secara cesarean, bius epidural akan membolehkan anda berjaga dan juga memberikan kelegaan kesakitan yang berkesan semasa pemulihan
Apabila mekanisme jenis lain tidak lagi membantu mengatasi kesakitan, epidural boleh membantu anda mengurangkan keletihan, keresahan, berehat, boleh fokus dan memberi anda kekuatan untuk proses kelahiran bayi anda.

Apakah kesan suntikan epidural?

Epidurals boleh menyebabkan tekanan darah anda jatuh tiba-tiba. Oleh itu, tekanan darah anda akan diperiksa rutin untuk membantu dan memastikan aliran darah yang mencukupi untuk bayi anda. Jika terdapat penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, anda mungkin perlu dirawat dengan cecair IV, ubat-ubatan, dan oksigen.

Anda mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk yang disebabkan oleh kebocoran cecair tulang belakang. Kurang dari 1% wanita mengalami kesan sampingan ini. Jika gejala berterusan, prosedur yang dipanggil "blood patch", merupakan proses suntikan darah anda ke dalam ruang epidural untuk melegakan sakit kepala.

Selepas epidural anda diletakkan, anda perlu berbaring mengiring di atas katil dan mempunyai pemantauan berterusan untuk mengesan perubahan dalam kadar denyutan jantung janin. Berbaring di sisi kadang-kadang boleh menyebabkan proses kelahiran bayidiperlahankan atau dihentikan.
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti berikut: menggigil, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau kesukaran membuang air kecil.
Anda mungkin mendapati bahawa epidural anda membuat anda lebih sukar untuk meneran dan kaedah bantuan seperti Pitocin, forcep, vakum atau cesarean mungkin diperlukan.
Untuk beberapa jam selepas proses kelahiran, separuh bahagian bawah badan anda mungkin berasa kebas. Kebas akan memerlukan anda berjalan dengan bantuan.
Dalam keadaan yang jarang berlaku, kerosakan saraf yang kekal boleh terjadi akibat kawasan di mana kateter dimasukkan
Photo: Apakah Itu Suntikan Epidural Semasa Bersalin?

Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan ketika bersalin. Lebih daripada 50% wanita yang melahirkan anak di hospital menggunakan epidural anestesia. Ibu hamil harus mempelajari sebanyak mungkin tentang pilihan melegakan kesakitan supaya anda akan lebih bersedia untuk membuat keputusan semasa proses kelahiran. Anda harus memahami jenis epidurals, cara penggunaan, manfaat dan risiko untuk membantu anda dalam membuat keputusan semasa kelahiran bayi.

Apakah suntikan epidural?

Suntikan epidural bius tempatan akan melegakan kesakitan di bahagian badan tertentu sahaja. Epidurals menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan sensasi pada bahagian separuh bawah badan. Ubat epidural dikelaskan dalam ubat-ubatan yang dikenali sebagai anestetik tempatan, seperti bupivacaine, chloroprocaine, atau lidocaine.

Bagaimana epidural disuntik?

Cecair intravena (IV) akan mula disalurkan kepada ibu hamil sebelum kelahiran peringkat aktif bermula dan sebelum prosedur meletakkan epidural. Anda akan diminta untuk menoleh belakang anda dan kekal berbaring di sebelah kiri anda atau duduk. Kedudukan ini adalah penting untuk mencegah masalah dan meningkatkan keberkesanan epidural. Antiseptik akan digunakan untuk membersihkan kawasan pinggang belakang bahagian bawah untuk mengurangkan peluang jangkitan kuman. Anda akan disuntik dengan anestetik setempat di belakang anda supaya bahagain belakang anda dibius. Jarum akan dimasukkan ke dalam kawasan bius di sekeliling saraf tunjang di bahagian bawah belakang anda. Selepas itu, satu tiub yang kecil atau kateter akan disalur dalam melalui jarum ke dalam ruang epidural. Jarum kemudian dikeluarkan dengan perlahan, meninggalkan kateter di tempat untuk memberi ubat sama ada melalui suntikan berkala atau suntikan berterusan. Kateter akan dilekatkan ke belakang untuk mengelakkan daripada terjatuh.

Apakah faedah suntikan epidural?

Membenarkan anda untuk berehat jika proses kelahiran bayi berpanjangan.
Mengurangkan ketidakselesaan semasa bersalin, sebahagian wanita mempunyai pengalaman bersalin yang lebih positif
Biasanya, epidural akan membolehkan anda kekal sedar dan masih mempunyai tenaga untuk meneran dalam proses bersalin.
Jika anda melahirkan anak secara cesarean, bius epidural akan membolehkan anda berjaga dan juga memberikan kelegaan kesakitan yang berkesan semasa pemulihan
Apabila mekanisme jenis lain tidak lagi membantu mengatasi kesakitan, epidural boleh membantu anda mengurangkan keletihan, keresahan, berehat, boleh fokus dan memberi anda kekuatan untuk proses kelahiran bayi anda.

Apakah kesan suntikan epidural?

Epidurals boleh menyebabkan tekanan darah anda jatuh tiba-tiba. Oleh itu, tekanan darah anda akan diperiksa rutin untuk membantu dan memastikan aliran darah yang mencukupi untuk bayi anda. Jika terdapat penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, anda mungkin perlu dirawat dengan cecair IV, ubat-ubatan, dan oksigen.

Anda mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk yang disebabkan oleh kebocoran cecair tulang belakang. Kurang dari 1% wanita mengalami kesan sampingan ini. Jika gejala berterusan, prosedur yang dipanggil "blood patch", merupakan proses suntikan darah anda ke dalam ruang epidural untuk melegakan sakit kepala.

Selepas epidural anda diletakkan, anda perlu berbaring mengiring di atas katil dan mempunyai pemantauan berterusan untuk mengesan perubahan dalam kadar denyutan jantung janin. Berbaring di sisi kadang-kadang boleh menyebabkan proses kelahiran bayidiperlahankan atau dihentikan.
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti berikut: menggigil, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau kesukaran membuang air kecil.
Anda mungkin mendapati bahawa epidural anda membuat anda lebih sukar untuk meneran dan kaedah bantuan seperti Pitocin, forcep, vakum atau cesarean mungkin diperlukan.
Untuk beberapa jam selepas proses kelahiran, separuh bahagian bawah badan anda mungkin berasa kebas. Kebas akan memerlukan anda berjalan dengan bantuan.
Dalam keadaan yang jarang berlaku, kerosakan saraf yang kekal boleh terjadi akibat kawasan di mana kateter dimasukkan