Cara menguji samada yis masih elok atau mati: kaedah
yeast starter by Anis Hanis
By Haslina Hassan on Sunday, 1 December 2013 at 00:11
https://www.facebook.com/groups/391522514306990/permalink/414428425349732/
(boleh klik link diatas utk melihat gambar)
Cara menguji sama ada yis masih elok atau mati: kaedah yeast
starter
Yis kering jika
disimpan lama akan mati dan tidak dapat mengembangkan doh. Begitu juga jika ia
sudah dimasuki angin. Oleh itu, bagi menguji sama ada masih elok atau tidak,
kita boleh lakukan ujian yeast starter. Ujian ini dapat mengelakkan kita kecewa
akibat dari menghasilkan roti yang tidak akan naik atau mengembang.
(1) Hangatkan cecair yang dinyatakan dalam resepi.
Contohnya, jika resepi menyatakan sukatan air yang diperlukan adalah 1/2C,
gunakan 1/2C air tersebut. Anda tak perlu gunakan sukatan air lain (untuk
mengelakkan penggunaan terlebih air). Hangatkan biar lebih hangat dari suhu
badan tapi jangan sampai anda tidak boleh memasukkan jari anda dalam air; lebih
kurang suhu antara 43C - 46C.
(2) Masukkan 1 sudu teh - 2 sudu teh gula ke dalam air. Gula
selebihnya boleh dimasukkan ke dalam campuran tepung. Kacau hingga gula larut,
barulah boleh dimasukkan yis.
(3) Masukkan yis mengikut sukatan yang dinyatakan dalam
resepi. Kacau perlahan-lahan hingga yis larut. Biarkan sebentar.
(4) Dalam masa 5-10 minit anda akan lihat satu permukaan
berbuih berwarna perang di permukaan atas air. Yis anda sudahpun mula membiak
dan mengembang.
(5) Bolehlah anda gunakan campuran yis ini di dalam resepi
anda. Pastikan jangan terlebih gaul campuran yis ini ke dalam adunan tepung
kerana sel yis mudah rosak dan mati.
(6) Jika dalam masa 15 minit yis masih tiada perubahan
(tidak terbentuk buih atau bubble), kemungkinan yis anda memang rosak atau
sudah mati. Terpaksalah anda buang dan buat sekali lagi (atau guna peket yis
lain).
Sumber: zack blogspot.
Anis Hanis Yis yang aktif akan berbuih mcm ni.... Untuk
rujukan sy dan kwn2. Sbb slalu sgt buat tak kembang2 rotinya.
0 ulasan:
Post a Comment