nukilan

Friday, January 31, 2014

Frozen Doh

Perkongsian menarik ttg frozen doh (previous posts)

By Haslina Hassan on Sunday, 1 December 2013 at 00:58
https://www.facebook.com/groups/391522514306990/permalink/413418495450725/
(boleh klik link diatas utk penerangan lanjut)

 Info sharing oleh Suhaimie MN

 1)Doh yg disimpan dlm chiller msh blh kembang sbb suhu chiller bkn suhu yg blh bt doh jd beku.simpan dlm freezer br doh blh beku.proses pengembangan msh b'laku walaupun simpan dlm chiller.cuma prosesnya sgt slow.kalau nk tggl semlm sgt tdk sesuai utk simpan dlm chiller.simpan dlm freezer sbb masa sgt lama.

 2)Kalau nk simpan dlm chiller/freezer pastikan ditutup rapat dgn bekas.lps mixed,simpan dlm bks b'tutup then simpan dlm chiller/freezer.kenapa kene bks kedap udara/b'tutup sbb doh roti sifatnya spt spoonge.akan serap semua bau dlm free/chiller tu.pnh dgr org kata nk hilang bau letak beberapa keping roti/arang dlm bonet kete @ peti sejuk?mcm tu juga doh roti.bygkan kalau dlm tu ada ikan,lauk2 smlm yg x abis,abis semua bau diserap dlm doh.penambah perisa semula jadi doh tu

3)Doh yg disimpan dlm chiller hanya utk 3-4 jam shj (anggaran).doh yg disimpan dlm chiller blh thn semalan.thn tu dr segi dia x kembang ye.ingt,sbb ada yis.

4)Doh yg dikeluarkan dr chiller,blh trs bt next step cth,bhgikan doh @ bentukkan/nk isi filling ke.doh yg keluar dr freezer kene defrost dulu dlm suhu blk.

Tips: kalau doh x abis,jgn buang.bekukan,then mskkan dlm adunan kita masa kita nk bancuh yg br.pastikan defrost dulu.nti rosak lak mixer kita.


***  Xperlu tggu hingga hilang sejuknya.asalkan sehingga doh blh dihandle.maksudnya blh kita uli/bulat2kan.jgn lak sape2 cuba defrost dlm microwave ye!menangis saya dgr ntt.

*** Bila kita dah uli/bulat2 doh tu,angin dah keluar dr doh.kene proof/kembangkan lg.naik smpai max 3 kali kembang then br blh bakar.kalau bakar trs lps defrost,keras roti tu.
  
*** yup, kalau kita xde space utk simpan doh dlm chiller la. kalau ada blh letak kejap tp jgn bkr sewaktu doh tu sejuk. temperature oven akan jatuh kalau kita bakar semasa doh sejuk. jd pembakaran xkan sama mcm 1st batch yg x msk dlm chiller tu.

***Kalau oven kita kecik,another option,kita blh play around dgn yis.cthnya,kalau kita guna 20gm yis utk setiap adunan.so,adunan ke2 kita kurangkan yis jd 18gm ke.adunan ke 3 kurangkan jd 16gm ke.so,dgn kurangnya yis,doh akan lmbt skt kembang.so,blh bg masa roti kita msk dulu then bila kita nk bkr next batch,roti just perfect kembangnya.phm kan?

Yis


Cara menguji samada yis masih elok atau mati: kaedah yeast starter by Anis Hanis

By Haslina Hassan on Sunday, 1 December 2013 at 00:11
https://www.facebook.com/groups/391522514306990/permalink/414428425349732/
(boleh klik link diatas utk melihat gambar)
Cara menguji sama ada yis masih elok atau mati: kaedah yeast starter
 Yis kering jika disimpan lama akan mati dan tidak dapat mengembangkan doh. Begitu juga jika ia sudah dimasuki angin. Oleh itu, bagi menguji sama ada masih elok atau tidak, kita boleh lakukan ujian yeast starter. Ujian ini dapat mengelakkan kita kecewa akibat dari menghasilkan roti yang tidak akan naik atau mengembang.

(1) Hangatkan cecair yang dinyatakan dalam resepi. Contohnya, jika resepi menyatakan sukatan air yang diperlukan adalah 1/2C, gunakan 1/2C air tersebut. Anda tak perlu gunakan sukatan air lain (untuk mengelakkan penggunaan terlebih air). Hangatkan biar lebih hangat dari suhu badan tapi jangan sampai anda tidak boleh memasukkan jari anda dalam air; lebih kurang suhu antara 43C - 46C.

(2) Masukkan 1 sudu teh - 2 sudu teh gula ke dalam air. Gula selebihnya boleh dimasukkan ke dalam campuran tepung. Kacau hingga gula larut, barulah boleh dimasukkan yis.

(3) Masukkan yis mengikut sukatan yang dinyatakan dalam resepi. Kacau perlahan-lahan hingga yis larut. Biarkan sebentar.

(4) Dalam masa 5-10 minit anda akan lihat satu permukaan berbuih berwarna perang di permukaan atas air. Yis anda sudahpun mula membiak dan mengembang.

(5) Bolehlah anda gunakan campuran yis ini di dalam resepi anda. Pastikan jangan terlebih gaul campuran yis ini ke dalam adunan tepung kerana sel yis mudah rosak dan mati.

(6) Jika dalam masa 15 minit yis masih tiada perubahan (tidak terbentuk buih atau bubble), kemungkinan yis anda memang rosak atau sudah mati. Terpaksalah anda buang dan buat sekali lagi (atau guna peket yis lain).

Sumber: zack blogspot.

Anis Hanis Yis yang aktif akan berbuih mcm ni.... Untuk rujukan sy dan kwn2. Sbb slalu sgt buat tak kembang2 rotinya.

Panduan Membuat Roti


Panduan Membuat Roti

Membuat roti tidaklah susah jika kita tahu teknik dan kaedah asasnya. Bahan asas yang digunakan adalah yis (yis segera lebih mudah), tepung roti, tepung serbaguna, serbuk penaik, bread improver, bread softener dan lain-lain bahan tambahan. Roti komersil lebih menggunakan tepung roti berbanding tepung serbaguna. Tepung roti mengandungi kandungan protin tinggi sehingga 14% dan ini akan menghasilkan roti yang lebih kenyal dan elastik. Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang dibuat di rumah. Perbezaan peralatan seperti mixer dan oven, kawalan mutu yang ketat dan teknik pembuatan mewujudkan perbezaan tersebut. Jika kita mahu mencapai standard seperti mereka, kenalah mengikuti kursus membuat roti di peringkat profesional.

Bagaimanapun, kita sebagai home-baker masih boleh menghasilkan roti² yang enak stail home-made dengan peralatan yang seadanya. Jika tiada mesin besar, boleh uli dengan tangan atau guna food processor.Oven setakad oven Europa tu pun boleh. Yang penting kita tahu dan faham perkara-perkara asas tentang pembuatan roti ini.

Proses Membuat Roti

1. Mencampurkan bahan-bahan
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan diatas meja. Mencampurkan bahan boleh dilakukan secara manual (pakai tangan) , food processor atau mixer. Satukan bahan-bahan kering seperti yis, tepung , gula, garam, serbuk penaik, bread improver dan bread softener. Gaul rata adunan tersebut. Kemudian baru masukkan majerin/shortening dan bahan-bahan cecair seperti telur, susu dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar .Kemudian pindahkan ke dalam dulang untuk diuli. Jika gunakan mesin, tidak perlu dipindahkan.

2. Menguli
Adunan beryis seperti pau, donut atau roti hendaklah diuli hingga menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada roti. Menguli akan menjadikan doh lembut, licin, kenyal dan mengaktifkan yis yang menyebabkan roti kembang. Menguli boleh dilakukan dengan tangan, atau mesin. Jika diuli dengan tangan mengambil masa 15 - 20 minit. Jika guna mesin, masanya lebih singkat. Doh yang cukup diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai. Jika doh tidak cukup diuli, roti akan jadi keras dan liat.

3. Mengembang kali pertama (Proving)
Jika di bakeri, mereka mempunyai oven khas untuk mengembangkan doh. Tetapi jika dirumah, letakkan saja di tempat yang agak hangat seperti di bilik yang bertutup atau mana saja yang bersesuaian. Bulatkan doh yang telah diuli tadi, dan masukkan dalam bekas besar (besen). Tutup dengan plastik supaya tidak kering. Biarkan doh naik 2 - 3 kali ganda dari saiz asal dalam lebih kurang 45 minit.

4. Membuang gelembung angin
Yis yang hidup mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan ini menyebabkan doh mengembang.Jadi angin ini perlu dikeluarkan dengan cara menumbuk doh ini satu kali sehingga kempis. Uli semula doh itu ke bentuk asalnya.Di peringkat ini doh menjadi lebih lembut dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda.



5. Mengembang kali kedua (2nd proving)
Setelah doh dibentuk, susunkan atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali ganda dari saiz asal selama lebih kurang 20 minit.

6. Gris
Doh yang telah kembang itu boleh digriskan dengan campuran susu dan telur ataupun dengan mentega cair. Anda boleh hiaskan dengan keju parut, bijan atau apa saja yang sesuai.

7. Membakar
Roti yang telah digriskan tadi bolehlah dibakar dalam suhu yang agak panas iaitu 200°C selama 20 minit atau bergantung kepada jenis roti. Roti yang cukup masak akan kecut sedikit dan ringan.

8. Menyimpan
Supaya roti anda kekal lembut untuk beberapa hari, setelah roti sejuk bungkus dengan plastik atau simpan bekas kedap udara. Jika terdedah, ia akan cepat kering.

Mengenali Bahan Membuat Roti

1. TEPUNG
High Protein Flour atau Tepung Roti(TR) berbeza dengan Tepung Kek(TK). Didalam kandungan TR terdapat bahan-bahan pelembut yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dimana pelembut ini akan membuatkan roti menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut (Bread Improver) agar roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi. Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap TR yang digunakan dalam industri bakeri. Antaranya:
Cap Bangau- Cap Timbang* Biasa digunakan oleh kedai Bakeri, Cap Diamond, Cap Gunung Mas* Biasa digunakan dalam sektor perhotelan, Cap Kuda (Untuk pasaran Sabah, Labuan & Sarawak)

*Nota : ada juga roti yang menggunakan tepung gandum biasa, ini mengikut resepi yang dinyatakan jika ada. Kalau buat roti guna tepung selain dari yang dinyatakan, roti akan menjadi keras.

2. GULA
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, doh roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.

3. YEAST (Ibu Roti)
Kebanyakan industri pengeluaran roti menggunakan yis kering (dry yeast) kerana senang dikawal proses pengembangan doh. Kalau guna yis basah kena timbang 2 kali ganda berat dari yis kering. Kalau belajar di Bakeri Ria Academy, yis keluaran syarikat Mauri akan digunakan.

4. BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti. Nama lain bagi Bread Improver adalah:
i) Bread Softner
ii) Softner
iii) Modular Softner
iv) Magi Pro 5. S 500
v) Voltex (cecair)
Untuk makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa membeli Bread Improver.

5. MARGERINE/BUTTER/SHORTENING (Marjerin/Mentega/Lemak Sayuran)
Penggunaan bahan tersebut adalah untuk menambah ikatan struktur dalaman doh, agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan² tersebut:

i) Margerine
- kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shortening untuk membuat Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu telur pada doh sebelum dibakar.Selepas dibakar, dimana bun masih panas, sapukan Butter atau Apricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum di pamerkan.
ii) Butter
- Pastinya bun sedap dimakan apabila resepinya menggunakan Butter, tetapi para pengusaha bakeri tidak menggunakan Butter kerana kosnya yang mahal. Anda boleh menggunakan Butter jika hasilan bakeri untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
iii) Shortening
- Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya apabila membuat roti besar seperti Potato Bread, Garlic Bread, Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah doh roti tersebut disapukan telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.

6. SUSU TEPUNG
Pengguna boleh menggunakan susu tepung seperti Dutch Lady, Lactogen,Fernleaf dan lain-lain untuk menghasilkan bun atau roti yang enak dimakan. Tetapi banyak pengusaha bakeri menggunakan Susu Tepung timbang dimana dijual pada harga murah. Boleh juga menggunakan UHT Milk (Yg cair-sejuk) yang akan menghasilkan ban yang lebih sedap lagi.

7. TELUR
Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan telur yang kulitnya berwarna putih. Untuk pengetahuan semua, telur jenis ini mengandungi kandungan air yang tinggi dan dijual pada harga yang murah. Biasanya pengusaha bakeri menggunakan telur gred B, untuk membuat roti atau kek.

8. AIR
Gunakan air sejuk untuk mengawal proses pengembangan doh. Jika menggunakan air yg tidak sejuk, dikhuatiri, pengguna tidak dapat mengawal pengembangan yis kerana jika suhu yang panas, yis akan kembang terlalu cepat, yang pada akhirnya akan menjejaskan kualiti roti.

p/s: sumber artikel adalah dr internet



Thursday, January 23, 2014

genap 6 bulan

Hari ini...24.1.2014, genap 6 bulan selepas pembedahan. macam sekejap, macam lama je masa tu berlalu. berakhir sudah tempoh berpantang seperti yang disarankan oleh doktor. walaupun sebenarnya macam tak berpantang sangat pon. heheheee... memang tak dapat nak dinafikan, melalui detik2 sukar selepas bedah, agak menyeramkan.. banyak perkara yang tak boleh nak buat. biarpon pepatah ada menyatakan berat mata memandang.....berat lagi bahu ku memikulnya. berdepan dgn keadaan sakit, cepat penat, cepat mengah, letih, tercungap2, Masyaallah...., cukuplah sekali itu sahaja..
 
` u patot bersyukur sebab u ok. ada lagi yang lebih terok`. itulah kata2 semangat Dr J.Ravi. Doc tak pernah jemu membimbing aku berkaitan soal kesihatan biarpun dari jauh sahaja. thank you so much Doc..... sampai bila2 i tak akan lupa jasa u pada i.. Moga Tuhan memberkati dan merahmati diri u Doc.. 

kini,, aku mula merasakan kehidupan seperti sediakala. dah boleh berlari, panjat, berat badan pon dah menurun. cuma untuk kekalkan momentum sedia ada ni,, agak tercabar jugak lah. apa yg penting, aku nak sihat. taknak sakit2. cukup lah........

jutaan terima kasih kpd kwn2, kenalan2 yang sentiasa beri kata2 semangat dan doa tika aku sakit dulu. tak lupa kpd staff Hospital Sultanah Aminah, bahagian O & G, nurse2, doktor2, semua2 yang berkenaan lah. 

SAYANG KAMU SEMUA.....