nukilan

Sunday, July 26, 2015

jenis-jenis keputihan

 
 
 
Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Anda silap! Keputihan adalah lebih buruk daripada yang anda sangkakan.

Ada 2 jenis keputihan yang mesti dikenalpasti.

Keputihan Normal : keputihan yang terjadi 14 hari sebelum haid. Waktu ini adalah waktu subur seseorang perempuan. Hormon akan melimpah untuk mempersiapkan kedatangan sperma ke dalam telur. Kiranya, keputihan itu menjadi daya penarik kepada sperma dan keputihan ini tidak berbau busuk.

Keputihan SERIUS : Keputihan yang keluar sepanjang masa, gatal-gatal, berbau busuk dan menyebabkan rasa kurang selesa semasa hubungan seksual. Keputihan ini juga akan menjadi punca mandul/kancer/tumor/ketumbuhan rahim. Jika jangkitan ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh badan. Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak kepada pasangan. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.

Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan antara 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria sepertiBacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.

Jika anda salah seorang wanita yang mengalami masalah keputihan, kami amat menggalakkan anda mengambil suplemen atau ubat merawat sebagai langkah pencegahan selagi ia belum serius.

* copy paste

jenis ganguan haid

 
 

JENIS-JENIS GANGGUAN HAID

Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;
1.Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid.
2.Berapa banyaknya darah haid yang keluar.
3.Jangka waktu haid yang berpanjangan.
4.Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan.
5.Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
6.Kelewatan datang haid.
7.Putus haid.

Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.

Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?
Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor. Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak normal. Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. Kadang-kala berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?
Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid. Tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari. Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah.

Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’ dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.

Haid tidak teratur !
Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Punca terjadinya gangguan haid.
Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).

Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.

Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.

Punca-punca haid berlebihan dan berpanjangan
1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.

2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.

3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.

4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.

Jenis-jenis pendarahan luarbiasa:
1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining)dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.

2.Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.

3.Perdarahan lepas putus haid. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon oestrogen.

* copy paste

panduan kuruskan badan

PANDUAN KURUSKAN BADAN

Cuba amalkan panduan-panduan di bawah:

1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .

4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan cendawan. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.

11. Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau secara senyap-senyap ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat
.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau mencabut rumput di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

* copy paste

punca fibroid


Apa punca fibroid
Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.
Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul, pernah saya buang 33 biji fibroid dari seorang wanita.

Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.


 * copy paste

waktu subur wanita


 
 
KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.

JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam
satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

* copy paste

5 penyakit utama wanita

 
 
KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA

Fibroid
Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 – 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.

Endometriosis
Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

Anorexia Nervosa
Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut ‘trend’ dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.

Menopaus
Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus.



Wednesday, January 14, 2015

tragedi tangan patah



6/11/2014 - khamis

macam biasa, 6.30 pagi masa utk hantar anak2 ke sekolah. naik motor je. perjalanan dari rumah ke sekolah adalah dlm 8 minit gitu. dari rumah, takde apa pon perkara ganjil. mcm biasa je bwk motor. menuruni bukit yg curam, selekoh2. tiba kat simpang nak keluar menghala ke sekolah, tiba2 tekan brek teros kosong. tanpa beri apa2 petanda sebelum tu. ya Allah. anak2 dah menjerit. `ummi...ummi !!!`. takde pilihan, saya mesti redah jugak ke dlm kebun seberang jln tu. kat tebing tanah tu ada longkah kecil. motor terhentak kuat kat situ dulu sblm melambung dan terberhenti dlm semak. kami bertiga jatuh terhempap motor. mujur anak2 takde apa2. tapi saya, teros automatik tgn kiri bengkak dan tak boleh digerakkan. sakit sgt2. langsung tak boleh diusik. saya suruh wawa pegi tepi jalan, tahan sesiapa utk minta bantuan. mujur kebetulan ada org lalu. shuib, kwn sekolah. dan saya minta org utk hntr anak2 ke sekkolah dulu. alhamdulillah, mereka takde kecederaan serius. ramai juga yg berhenti kenderaan utk lihat apa yg terjadi. jiran sebelah rumah pon ada juga. dgn bantuan beliau dan shuib, saya dipapah masok ke kereta dan pegi ke klinik. keadaan tgn saya sgt menyedihkan. tak boleh digerakkan dgn sendiri. kene sokong.

sampai kat klinik awal. belum bukak lagi. teros call nurse Salwana. bagtau saya accident, tgn tak boleh gerak. telefon makcik & ibu. huuuhhh....punyalah seksa nak keluar dari kereta masa tu. tak boleh gerak langsung tgn. lembik habis. mcm takde tulang. makcik, ibu, MA Hazuan Norudin pon dtg. MA (wan) tgok keadaan tgn saya. `patah ni kak. bengkak sgt ni. sya beri injection dulu utk kurangkan rasa sakit`. masa tu, mata dah terpejam2, suara antara ada dgn tak je. dah tak bermaya. merengek je sbb masyaAllah....sakitnya. 

mase tu pakai baju sejuk. oleh kerana saya hanya pakai singlet dlm nya, maka lengan baju sejuk terpaksa digunting utk letakkan apa tu namanya..,tempat utk sokong tgn yg patah. bbrp minit kemudian, kes saya terpaksa di hantar ke Hospital Kulai. naik ambulans dgn ibu, MA Hazuan pon ikut jugak. dlm ambulans tu asik ngerang je mmg tak selesa dlm ambulans. melambung2. kne tahan je tgn ni. 


hasil x-ray selepas kejadian


kat Hospital Kulai, bwt x-ray. hasilnya mmg patah. sblm nak disimen (separuh), doktor kata kne tarik dulu tulangnya utk betolkan sikit kedudukannya. mujur saya diberi ubat pelali. jadi tak tau apa2. sedar2 tgok tgn dah berbalut. 3 hari berikutnya baru rujuk ke pakar orthopedik HSA



9/11/2014 - Ahad

6.30 pagi dah bergerak ke HSA. temujanji dgn pakar tulang. bila tiba gilran, bwt x-ray. doktor kata kene simen. tapi sblm simen, tulang kne tarik sekali lagi. huuuhhh... mulanya doktor taknak beri ubat pelali. tapi saya merayu. naik wad 3 tiur, wad orthopedik perempuan. ada la dekat sejam lebih nak tunggu doktor dtg utk tgok ktgn saya ni. masuk kat dlm bilik rawatan, lepas dibri ubat pelali, dpt rasa la tgn saya di tarik. tpi oleh krn dlm keadaan mamai, takde lah sakit sgt. tau2 tgn dah siap disimen sampai paras siku. 

dalam keadaan masih terhoyong-hayang, saya bergegas turun ke bawah. nak jumpa Dr Pakar Perunding Kanan O&G, Dr J. Ravi. perkara wajib tiap kali kalau ke HSA. mesti akan singgah ke klinik pakar o&g. nak jumpa doc, kak roz, kak adda. huuhhh...mmg rezeki masa tu. sbb doc pon nak bergegas pegi meeting. dpt la jumpa doc kejap. tunjuk kan tgn sya yg patah ni. doc..doc...mmg sentiasa bzz manjang. bercakap pon sambil berjalan. 

bila tgn dah bersimen, 1 apa keje dah susah nak bwt. nak urus diri sendiri pon payah. bayangkanlah, buat keje dgn hanya 1 tgn je. nak masak pon susah. tak boleh nak kopek bawang. nak pegang sehelai kain pon terasa sakit. menangis tau... memandu pon guna tgn sebelah. tgn kanan pegang sterang. tgn kanan jugaklah yg masukkan gear. mmg mencabar la. menggunakan kain anduh, tengkuk yg rasa sakit sbb simen tu berat. huhuu.. wawa abby terpaksa tlg bwt keje2 rumah. mujur time tu dah nak hampir cuti sekolah. 


=========================================================================


3/12/2014 - rabu

appoitment dgn doktor pakar tulang HSA ( selepas sebulan ). kne x-ray lagi nak tgok tulang dah cantum ke belum. hasil mendapati tulang makin terok. doktor suruh bedah utk masukkan pating. kalau tak, tgn saya takkan boleh dipusingkan. waktu tu, bergenang airmata , menggigil. ramai kawan2 kata jgn bedah. jgn sampai masuk besi. mereka cadangkan pegi berubat kat tabib cina, kampung ungku mohsin, jb. serius, saya tak boleh buat keputusan time tu. cuma boleh cakap kat doc, bagi fikir dulu. dlm keadaan hati yg bercampur baur, saya bergegas ke klinik pakar o&g. jumpa Dr Ravi. mase tu, kat luar ada pesakit lain sdg menunggu utk berjumpa dgn doc. tapi atas ihsan doc, sbb kenal sya, doc bagi masok dulu. huwaaaa....dah menangis ni. dah kesat2 airmata. sempat lagi doc bwt lawak. `y, mata bocor ke`. `doc, tolong i. kali ni i susah nak bwt keputusan. tak sama mcmana nak decide utk bedah perot dulu`, saya bersuara. `ooo..u tak tau, yg nak bwt operation tu dulu lagi susah nak bwt keputusan`, kata Dr Ravi. `oo...yeke susah. doc sape tu yg bwtkan operation kat i?`, ahhaha...sempat lagi bergurau. dgn tenang, Dr Ravi sambung. `i rasa, u try dulu pegi kat ungku mohsin tu. if tak berjaya, baru bwt operation. tapi, ramai yg i dgr, mereka pegi sana lebih cepat baik drp di hospital`. huuuhhhh....lega hati ni bila Dr Ravi ckp mcm tu. tq2 very much doc. selalu bantu bila saya ada masalah. 

hasil x-ray selepas sebulan simen



6/12/2014 - sabtu

setelah sebulan tgn bersimen, akhirnya saya buat keputusan utk berubat secara tradisional dgn tabib cina kat Kampung Ungku Mohsin, JB. drp cerita kwn2, kat situ mmg tempat berubat tulang patah. dikenali ramai. yg penah pegi berubat kat situ, masing2 boleh baik. oklah, saya cuba. 7.30 pagi sampai situ. ambil no giliran. dpt no 36. fuuhhh boleh tahan. agaknya yg dpt no 1 tu dtg kol bpe ekk. start rawatan pukul 8.00 pagi. kalah mcm hospital. punyalah ramai yg dtg. mmg jadi tumpuan org berbuat patah2 @ berurut. 

no 6, lorong 1, kampung ungku mohsin

waktu rawatan

sorang2 pesakit dpt tgok cara mereka menerima rawatan. ada yg dtg bertongkat. ada yg dtg dgn balutan kain di tgn, kaki, badan. dlm mse yg sama, mulut saya tak henti2 berzikir. mse tu hujan. mohon Allah permudahkan segala urusan saya. dup dap dup dap...tiba giliran no 36. dlm ramai2 tu, cuma saya sorg je yg dtg dgn tgn masih bersimen. cina tu bukakan simen guna gunting khasnya. payah jugak die nak potong. sambil berbual, `doktor suruh operation`, cerita saya. `memanglah itu doktor akan cakap kne bwt operation. tapi kita boleh buat maa....`, kata cina tu. lepas tunjukkan gmbr x-ray, cina tu kata, tulang saya pecah mmg dah lari jauh. boleh dibetulkan semula. kne tarik utk dibetulkan. kurang2 6 minggu baru boleh ok.

lepas tgn saya dikeluarkan dari kelongsong simen tu, tak mau tgok cina tu nak buat. pejamkan mata. `ini tarik, sakit sikit ye`. ok2 tanda faham. cina tu start tarik semula tulang saya. Allahuakbar, sakitnya die pulas habis tgn saya. tak mampu nak menjerit/meraung. meleleh airmata sbb tahan sakit. sakit woooo.. kat hospital pon diberi bius. ini hidop2 maaa... lepas dah siap, cina tu tunjuk, `amoi, togk tgn sudar lurus`. ehh.. haah la. dah lurus. tdi mse baru bukak simen, bengkok sikit tgnnya. kejap je sakitnya. pastu tgn dah tak pakai lagi kain anduh. lepas tu kne berulang berubat. seminggu 2x. hanya utk tukar ubat dan kain balutan. ada la cina tu adjust2kan sikit tulangnya.

lepas 2 minggu berubat, nampak perubahan pd tgn. itu jari drp tak boleh bengkok, kini dah boleh dibengkokkan. kalau sblm ni, nak pegang cawan berisi air pon, cwn tu senget je. kini dah boleh dah. hampir kuat dah tulang tgn ni memegang sesuatu. tapi jgnlah soh angkat tong gas la plak. tak agak2. kali ke-5 pegi tu, kne dgn bapaknya balutan kali ni takde pembaris. `uncle, dah takde letak pembaris?`. `tak payah. tulang sudah cantu. dtg lagi 2x, dah ok`. ya Allah, perasaan masa tu hepi + syukur. sedikit demi sedikit ada perubahan yg positif


========================================================================


9/1/2015 - jumaat

jumaat yg penuh barakah. kali ke-7 pegi berubat. dari rumah kol 6.00 paig. sbb set akan sampai kat sana pukul 7.00 pagi lebih kurang. sampai2 dpt no 37. hmmm byknya no. mengharapkan ini kali terakhir dtg berubat. tiba giliran, kne dgn bapa nya lagi. uncle tu dah pegang tgn saya. dah cuak dah ni. takot kalau kne tarik lagi. upanya mmg ye. uncle tu tarik sikit tulang tgn. ooouuuhhh...bergenang sikit airmata. sakit jugaklah. dgr bunyi tulang tu direntap. anak2 yg duduk blkg saya pon boleh dgr. haa..jgn terkejt la. dan uncle tu kata, `ok, see u again`. huuhh lega. selesai sudah rawatan tulang patah secara tradisional. perbezaan yg dpt dirasa selepas dibetulkan sikit tulang adalah, tgn mmg rasa selesa. tak mcm tulang yg pernah patah . mcm normal dan boleh masukkan gear guna tgn kiri. subhanallah...kuasa Allah kan beri kesembuhan melalui tabib cina tu. 


12/1/2015 - selasa

selepas 3 hari dri hari terakhir rawatan, akhirnya balutan dibuka secara rasminya. takyah dah pegi ungku mohsin sana lagi. sejam kemudian, bersihkan kotoran ubat yg melekat di tgn. serius, jujur, saya tak dibayar utk iklankan tempat berurut tu. tapi mmg suatu keajaiban. drp doktor kata tulang saya ni dah terok, kne buat pembedahan, kalau tak tak boleh dipusingkan, hanya dgn berubat cara tradisional, tgn saya pulih seperti sediakala. takde rasa ngilu ke, kebas ke, sengal2 ke. takde. tapi jgnlah amek risiko testing angkat berat2 tu. cari nahas namanya. kini tgn dah boleh bergerak bebas. tapi apapon,, tulang yg patah takkan sama dgn tulang yang semulajadi. 

jadi, sebagai testimoni, saya mmg cadangkan. jika ada di antara anda, yg mengalami patah tulang sbb kemalangan ke, terjatuh ke, terkehel ke, nak urut badan ke, boleh la ke Kampung Ungku Mohsin, Jb. insyaallah, yakin dan tawakkal pada Nya, akan diberi kesembuhan. wallahualam...

kepada yang beri sumbangan kos rawatan, yg doakan akan kesembuhan saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. tiada apa yg dpt saya balas.. moga Allah berkati keikhlasan anda. salam kasih sayang dari saya... 

lokasi tempat rawatan


lorong ke rumah