Dr Nur Ilahi bin Ramli |
selang bbrp minggu lepas tu, saya cuba wassap doktor tu. tak tau lah knp. tanya kan khabar.. rupanya khabar kurang baik. nnti saya ceritakan.. tapi sblm tu, die tak bagi saya panggil die dgn gelaran Doktor. katanya belom layak lagi. memadai dgn panggilan namanya shj, Aie. search punya search...skodeng sana sini, rupa-rupanya ayahnya, adalah seorang peguam syarie. Tuan Ramli. saya kenal Tuan Ramli. 11 tahun lalu, beliau yg hendel kes perkahwinan saya. beliau seorang yg lemah lembut, tertib budi bicaranya. mudah berurusan dgn beliau sepanjang tempoh kes tersebut. tapi kini, beliau sudah tiada. baru sje meninggal dunia awal Ramadhan lalu. terkesan juga lah saya bila baca kisah pemergian beliau. ye lah, sbb beliau selesaikan kes saya dulu. mmg saya ingat akan nama Tuan Ramli. no fon pejabat dan handphone nya pon masih saya simpan dlm buku telefon. jdi pd anda yg ada masalah dari sudut agama, boleh lah berhubung pd maklumat tertera di bwh ni. kini, legasi ini diteruskan oleh balu arwah.
terlebih dahulu, saya minta izin dari Aie utk coretan ini. katanya, `yang penting, bila org membaca, dpt dimanfaatkan oleh org lain`. insyallah coretan ini ada pengisiannya.
`Sedikit perkongsiaan.
Seperti semua sedia maklum, arwah ayahku telah meninggal dunia pada bulan ramdhan baru2 ni.
Aku sibuk membaca buku di dalam bilik sambil arwah ayah baru sahaja pulang dari kerja. Sampai sahaja di rumah, dia terus masuk ke dalam bilik mini library dan ambil buku hadis lalu dibawa ke ruang tamu untuk dibaca. Buku hadis itu dibacanya sambil dia rehat duduk diatas kerusi.
Dipendekkan cerita,
Selang beberapa jam kemudian, ibuku dan adikku pulang ke rumah. Sampai sahaja di pintu hadapan rumah, adikku memberi salam. Ayahku duduk diatas kerusi berhadapan dengan pintu masuk di ruang tamu. Jadinya, bilamana panggilan salam dari adikku di pintu tidak disahut oleh ayah dengan keadaannya duduk diatas kerusi, menyebabkan adikku berasa sesuatu yang ganjil dengan tubuh badan ayah. Ibuku dan adikku terus menerjah masuk ke dalam rumah sambil menjerit namaku yang mana aku ketika itu duduk di dalam bilik terperanjat mendengar namaku dipanggil. Aku lalu turun ke bawah dan terus ke ruang tamu.
Ayahku tidak bergerak dan dia di dalam keadaan duduk. Aku cuba menenangkan ibu dan adikku yang dalam keadaan kesedihan teramat.
Hatiku tetap tenang ketika kejadiaan. Aku mengarahkan ibuku dan adikku pergi jauh dari situ dan aku mulakan membuat pemeriksaan ke atas arwah ayah.
Bermula dengan membuat pemeriksaan ke atas denyutan nadi, masih tidak berdenyut. Aku mula risau. Aku terus memeriksa denyutan di carotid (leher). Tetap tiada sebarang tanda2 denyutan. Kemudiaan aku terus membuat pemeriksaan nafas. Tetap tiada. Prosedur "emergency care" (ABCD) aku buat dengan teratur dan tenang.
Aku cuba menahan air mata. Aku cuba melihat matanya dan membuat pemeriksaan ke atas pupil(pupil reflex) dengan pancaran cahaya telefon. Tetap tiada respon (absent pupillary reflex). Dalam fikiranku ketika itu, adakah "brain death" telah berlaku?.
Aku tidak puas hati. Sambil aku meminta adikku menelefon ambulance, aku terus melakukan jalan terakhir untuk selamatkan ayahku iaitu dengan cara CPR ( dada ditekan, dan hembusan nafas mulut ke mulut).
Aku terus dan terus mengharapkan CPR can keep oxygenated blood flowing to the my dads brain. Semua yang aku belajar ketika di medical school aku cuba aplikasikan dan terus membayangkan semua bentuk perubahan fisiologi yang berlaku ke atas tubuh badan ayahku.
Yer...CPR memang memenatkan. Tapi, aku tetap terus dan terus berusaha dengan tangan mengigil sambil berdoa kepada Allah, "Ya allah, tolong selamatkan ayahku". Aku mengulang banyak kali doa itu di dalam hati sambil terus melakukan CPR.
Akhirnya, aku gagal. Aku gagal selamatkan nyawa insan yang aku sayangi.
Betul kata2 ayahku sebelum ini " kalau aie jadi doktor sekalipun, klau tuhan nak tarik nyawa ayah, aie takkan mampu untuk kembalikan nyawa ayah".
Inilah CPR yang pertama kali aku aplikasikan terhadap tubuh badan manusia iaitu tubuh ayahku sendiri. Sebelum ini, aku hanya lakukan ke atas patung. Tapi kali ini, tuhan menguji aku, menguji ilmu aku yang tidak seberapa untuk dilakukan ke atas insan yang paling dekat denganku.
10 min kemudiaan, ambulance sampai dan mengesahkan ayahku sudah pergi buat selama2nya.
Sekadar coretan untuk kita semua yang bergelar doktor untuk terus mengharapkan pertolongan ke atas tuhan bilamana berlakunya sebarang musibah. Yer, kita belajar tinggi2, tetap harus ingat ilmu Allah lagi luas. Kita kena rendah diri.
Ingatlah, sejujurnya, kita mampu untuk merawat semua jenis penyakit kat bumi ini, tetapi dengan terbatasnya kuasa kita sebagai hamba, PENYAKIT MATI, masih gagal untuk kita mencari penawarnya.`
coretan Aie...
sebak bila baca kisah tersebut. berulang kali saya membacanya.. diringkaskan, saya teringat kata2 ibu. ` kak, kita org perempuan, kalau mati laki, boleh cari laki lain tau. boleh kawen lain. tpi kalau ibu ayah mati, takkan ada yg sama mcm ibu ayah sendiri `. seorang doktor, hebat mana sekalipon, takkan mampu mengatasi kehebatan Allah. semuanya atas izinNya. untuk pengetahuan, Aie sendiri yg mengimamkan jenazah ayahnya. sambil baca cerita ni, sedekah kan al-fatihah untuk arwah Tuan Ramli. AL-FATIHAH......moga arwah tergolong dlm org2 yang beriman.. amin...
========================================================================
berbalik pd cerita Aie tadi.. sedikit profile tentang diri nya secara rambang. merupakan anak sulung dari 4 org adik beradik. pelajar lulusan perubatan di Mesir. selama 6 tahun. menamatkan pengajian awal tahun 2014. mula berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan pada September 2014.. permulaan posting di wad bersalin. sesuatu telah berlaku pada Aie..
Dr. Nur ILahi..dimana kamu???
Sudah masuk minggu ke-3 aku berada di wad bersalin Hospital Besar Sultanah Aminah JB.
Hari ke 5 aku di wad bersalin, ianya hampir menghilangkan semangat aku untuk menjadi sebagai seorang doktor. Kerja yang banyak, ditambah dengan pekikkan suara2 jururawat dan doktor2 senior yang memarahi aku kerana kekurangan clinicalskill dan kekurangan ilmu pengetahuan mengenai ilmu obstetric(bersalin). Bukan tak tahu bila ditanya, tetapi cuma lupa. Alasan kerana sudah lama bercuti. Otak jadi karat.
Hari ke 6, disebabkan aku terlalu stress, aku telah lari dari hospital. Semua mencari aku. Banyak benda aku tak tahu. baru masuk darjah 1. Setiap hari, pasti akan dimarahi, ditengking dengan kata2 yang boleh mencabar emosi kelakian aku. Tapi, aku sabar..dan terus bersabar. Sampai satu tahap, aku tidak tahan dengan kata2 dr. Senior tersebut, aku terus lari dari situ kerana takut perkara buruk akan berlaku terhadap doktor tersebut. Maklumlah, emosi seorang lelaki bila dicabar, pasti akan tercetusnya pergaduhan. Itu normal. Lebih baik aku amik jalan, sabar dan terus berdiam diri.
Teringat kata2 sahabat aku, graduan mesir kaya dengan "attitude" yang baik. Attitude mengatasi segala2nya. Ok, kita sambung bab aku lari dari hospital. Pasti semua nak tahu sebabnya. Tapi, aku rasa tidak sesuai untuk diceritakan disini. Biarlah ianya menjadi rahsia. Cumanya, aku akan cerita, apa yang berlaku selepas itu. Ada hikmah disebalik kisah ku ini..
Kerana keadaan terlalu stress, aku ambil keputusan lari dari hospital dan balik ke rumah tanpa pengetahuan sesiapa. Kalau ikutkan hati, mahu jer aku resign dari bekerja sebagai seorang doktor. Tapi, aku fikir akan amanah dan tangungjawab yang pasti tuhan akan tanya kelak.
Bertalu2 sms dan deringan telefon sampai di telefon aku. Bermula dengan panggilan daripada doktor yang mengherdik aku, sehingga panggilan daripada head of department. Aku cuba mendiamkan diri buat seketika waktu. Kerana emosi yang kurang stabil, aku tidak menghiraukan panggilan telefon tersebut. Dipendekkan cerita, satu deparment cari aku..huhu. Apa2pun, hanya panggilan dari tuhan sahaja yang aku jawab (Panggilan yang dapat menenangkan aku ketika itu).
Keesokan harinya, emosi aku sudah mulai stabil. Aku mula menjawab sms dan whastapp daripda doktor2 yang menanyakan keadaan kondisi aku ketika itu. Ramai jgk yang whaspp aku. Aku jawab dengan tenang dan meluahkan segalanya. Aku sedih sebab aku merasakan diri ini tidak "competence". Banyak buat silap, banyak tak tahu, dan banyak alasan bilamana tidak tahu akan sesuatu.Tiba2..
Satu deringan panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Aku jawab panggilan tersebut.
"Askm, Dr Nur Ilahi ker disana", suara dari panggilan telefon.
"Yer, saya Dr Nur Ilahi, ni siapa?", aku menjawab.
"Maaf yer...ni Dr.dot..dot.Saya pengarah Hospital, boleh saya jumpa dr nur ilahi sekarang?,dia bertanya.
"Glurp(aku terngaga seketika)..ok2..boleh2..kejap lagi sya datang", aku menjawab.
"Yer, saya Dr Nur Ilahi, ni siapa?", aku menjawab.
"Maaf yer...ni Dr.dot..dot.Saya pengarah Hospital, boleh saya jumpa dr nur ilahi sekarang?,dia bertanya.
"Glurp(aku terngaga seketika)..ok2..boleh2..kejap lagi sya datang", aku menjawab.
Sampai sahaja aku di hospital,
Perbualan bermula..
Doktor tersebut menanyakan keadaan aku sekarang. Aku menjawab, aku stress. Kenapa apa yang aku belajar sebelum ini tidak mampu aku aplikasikan ketika bekerja?. Aku beritahu yang aku kecewa dengan diri aku.
Doktor tersebut diam dan mendengar dengan tenang sahaja. Beliau seakan seorang ibu, yang sudi mendengar luahan hati anak yang sedang sedih.Aku cerita daripada A sampailah ke Z. Setelah habis apa yang aku ingin luahkan, sekarang tiba giliran pengarah hospital tersebut berkata-kata.
"Macam nilah, doktor paham apa yang kamu rasakan. Sebelum tu doktor nak beritahu, sebenarnya doktor pun dulu graduan daripada Mesir", beliau berkata.
Aku terngaga...rasa kagum pulak tiba2.
Memang graduan dari mesir lambat sikit nak biasakan diri dengan sistem di Malaysia.Doktor dulu sorang2 kat HKL, menangis sorang2 sebab banyak benda tak tahu. Tapi, ingatlah,"its all the matter of time..go on..time will heal". Kena marah itu benda biasa, lama2 hati kamu akan jadi batu. Kamu tak perlu fikir nak tukar hospital atau tukar department. Saya faham, posting pertama kamu di wad bersalin2 sangat2 stress. Tapi percayalah, nanti kamu akan rasa lebih "YAKIN" untuk menempuh department lain bilamana kamu selesai menamatkan posting di wad besalin dan sakit puan(Obstetric & Gynae).
Panjang lagi perbualan aku dengan doktor tersebut. Cuma aku ringkaskan. Keesokan harinya, aku diberikan oleh seorang doktor senior berketurunan india sebuah buku untuk dibaca. Aku diberikan cuti dan diminta untuk menghabiskan membaca buku tersebut sebelum masuk kerja.
Aku belek2 buku tersebut, rupa2nya, ada cop salah seorang pakar O&G di hospital tersebut yang juga membaca buku tersebut. Doktor senior itu cakap, kalau kamu baca buku ni, kamu akan jadi hebat!!. Percayalah, katanya.
Doktor2 yang memarahi aku sebelum ini, sudah mula memahami siapa aku yang sebenarnya. Aku adalah seorang yang "slow learner". Perlukan bimbingan yang lebih sedikit. Mereka semua memberikan aku semangat. Mereka taknak aku pindah hospital atau tukar department lain ataupun resign. Mereka tidak mahu lepaskan aku. Aku pun tak pasti kenapa...dan kenapa?
Akhir sekali, Ingat!! Attitude mengatasi segala2nya...sabar dan sabar. Tak pandai takpe, asalkan ada semangat untuk belajar. Oklah..aku mahu sambung baca buku tersebut..harap2, ianya dapat membantu aku meneruskan kerjaya ini.
( copy & paste coretan Aie )
sebenarnya, pada 23/9/2014 ( selasa ), kami berjumpa di Hutan Bandar Johor. byk perkara kami bualkan. kalau nak di detailkan,, mmg tak sudah jwbnya. tpi lebih penceritaan tentang diri Aie.. Aie stress. sebab tekanan kerja. yela, suasana baru. maka Aie diberi cuti rehat selama 2 minggu. saya yang dengar Aie cerita pon, rasa kesian. seram pon ada. susah jugak ekk jdi doktor ni.. tpi keje doktor ni dipandang mulia. antara perkara yang kami isukan adalah, soal wanita muslim ketika bersalin. kalau kne dgn doktor lelaki ? mcmana ? dari segi aurat. Maka Aie beri jawapan yg berhemah. katanya, mcm gini.. ni kira ayat rojak la ye. mmg betol jumlah doktor perempuan lebih daripada doktor lelaki. TETAPI...doktor perempuan di bahagian O&G terutamanya, bilamana dah kawen, mereka takde masa nak study lagi bab ni.. jdi yg ada masa, doktor lelaki lah. tu sbb, doktor lelaki lebih cekap kendalikan kes2 bersalin ni. sewajarnya, kalau doktor lelaki nak bwt pemeriksaan, terlebih dahulu, kne minta izin dari suaminya. kami doktor lelaki pon bukan suke2 nak bwt tu. tapi dah tugas. kalau dlm keadaan darurat, mmg takde doktor perempuan yg boleh buat,, mmg dibolehkan. perkara ni pon saya pernah tanya kn dgn doktor pakar saya sendiri. beliau lelaki india. sya kata, MALULAH. doktor jawab. knp nak malu. nyawa lebih penting. eerrmm...mmg isu yg panas. isu yg sensitif.. masing2 mesti ada hujahan sendiri.. saya tak pandai nak komen lebih2..
apa yang saya puji tentang Aie adalah, matlamat nya. Aie mahu lakukan perubahan. katanya, Aie beri cadangan di setiap bilik bersalin ( muslim ), dialuni dgn zikir2 dan ayat al-Quran. drp terjerit2 sakit katanya. yela, sama la mcm kita ni. cth bila jalan jem, mesti kita marah2. dgr pulak lagu kat radio ntah apa2 ntah. cuba kalau kita dgr lagu2 berunsur islamik, kan tenang sikit hati kita ni. mcm gitu lah lebih kurangnya..
seronok sebenarnya bila kita mendekati org2 yg berjawatan profesional ni. kita lebih memahami kerjaya mereka. terutama tugas yg melibatkan dgn nyawa. kdg kita ni tau nak komplen je. doktor tu mcm tu lah. doktor tu gini lah. tpi bila kita fahami mereka dgn lebih dekat, baru kita akan kata, `naseb aku tak jadi doktor`. kan3...
apa yang saya puji tentang Aie adalah, matlamat nya. Aie mahu lakukan perubahan. katanya, Aie beri cadangan di setiap bilik bersalin ( muslim ), dialuni dgn zikir2 dan ayat al-Quran. drp terjerit2 sakit katanya. yela, sama la mcm kita ni. cth bila jalan jem, mesti kita marah2. dgr pulak lagu kat radio ntah apa2 ntah. cuba kalau kita dgr lagu2 berunsur islamik, kan tenang sikit hati kita ni. mcm gitu lah lebih kurangnya..
seronok sebenarnya bila kita mendekati org2 yg berjawatan profesional ni. kita lebih memahami kerjaya mereka. terutama tugas yg melibatkan dgn nyawa. kdg kita ni tau nak komplen je. doktor tu mcm tu lah. doktor tu gini lah. tpi bila kita fahami mereka dgn lebih dekat, baru kita akan kata, `naseb aku tak jadi doktor`. kan3...
0 ulasan:
Post a Comment