nukilan

Thursday, June 26, 2014

setahun berlalu

 

laporan perubatan
antara perbualan dgn doc beberapa hari lepas
saya : doc, besar juga yek 15cm tu.. doc agak dah berapa lama duduk dlm perot i ni. n why i tak dpt rasa sakit mse masih kecil lagi. sdgkan kwn i, kecik 5cm pon dah boleh detect awal.
doctor : patot nya soalan tu yg i kne tanya u.

24 Julai 2014, genap setahun menjalani pembedahan pembuangan fibroid & ovarian cyst. namun ianya masih segar dlm ingatan, mcm baru je berlaku. bila teringatkan kisah tersebut, pasti hati tersentuh. 15 hari berkampung di wad 3 barat ( O & G ), dlm bulan puasa, mcm2 cerita ada. merasai sedikit kesakitan yg Allah uji, sgt teruji. ingat lagi, dekat2 nak pembedahan tu, jalan pon dah tak larat. mcm peguin. membawa perot yg agak besar. mengah. sampaikan ada yg tanya, ` dah bpe bulan ni ?`. tak,, tak mengandung pon. tpi ada ketumbuhan yg dah besar.

menanti detik utk di bawa ke bilik pembedahan, hati sgt tenang. segalanya berserah pd Allah. andai pembedahan tersebut berjaya, Alhamdulillah. namun jika sebaliknya,, saya redha pemberian dari Allah. rugi pulak waktu tu takde ambil gambar kenangan. maklumlah, masa tu tak bawa tel yg canggih. tak terfikir pon nak bergambar2.

kiri - ovarian cyst
kanan - fibroid


sebaik keluar je dari dewan bedah, teros terpandang pd bekas besar yg berisi ketumbuhan tersebut. besar tak ? itu lah yg duduk dlm perot saya selama mungkin tempoh 4 atau 5 tahun lebih kurang. hingga ada yg kata, saya mengandung ke. sbb perot besar. hmmm....tak kurang jugak yg kata saya gemok waktu tu.. sabar je la.. 

hari ni, genap setahun, saya bercadang nak bwt sesuatu utk kat hospital tu ( wad ). tapi atas arahan doc saya sendiri, yg juga ketua jabatan, saya akur terpaksa batalkan cadangan tersebut. ada sebab2 nya kenapa tak boleh.. tak apa..faham. tak semua apa yg kita cadangkan tu, mesti betol. 

di kesempatan penulisan ini, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah beri kesihatan yang baik pd saya selepas pembedahan tersebut. sejujurnya, saya tak mampu nak tempuh ujian kesakitan yg Allah beri. linangan airmata yg mampu dizahirkan ketika itu. jutaan terima kasih kepada doktor-doktor yang terlibat dlm pembedahan tersebut. antaranya, dah tentu yg mengetuai kes saya, Dr J. Ravi, Dr Vignes, Dr Kartik, Dr Faisol. kepada nurse-nurse. anda semua sgt profesional. tak mungkin saya akan lupakan segala jasa kebaikan anda. dan tak lupa pd doktor kesayangan saya, Dr Jerilee Khong. beliau sgt baik, ceria je orgnya, cantik juga. kini bertugas di KL pula. moga 1 hari nnti, sya dpt berjumpa dgn Dr Jerilee.




tiap kali jika ada ke HSA, dah tentu saya akan singgah ke klinik O&G. jumpa dgn doktor pakar. walaupun takde temujanji, tetap request nak jumpa doc walaupun sekejap je. itu yg dapatnya. kata-kata motivasi dari Dr Ravi dgn sebatang pen. agak susah sbnrnya nak mintak autograph doktor pakar ni kalau tak ye2. sbb doktor saaaaaaangatttttt sibuk. apa pon, thank you very2 much.




2 ulasan:

Asoy said...

Dr Ravi ni jgk Dr aku ms pregnant 9bulan..

Efah Suhaidah Salamon said...

kes apa rujuk dgn doc ravi