nukilan

Wednesday, September 24, 2014

salam perkenalan

4 September 2014, saya berada dalam klinik doktor pakar perunding kanan  O & G. pada masa yg sama, ada 4 org doktor pelatih baru. muda-muda belaka. fresh org kata. 3 perempuan. seorang lelaki. terpegun dgn doktor lelaki yg sorang ni. sbb orgnya hensem. haa...jgn lah salah faham.. yela,, muda dari saya..26 tahun. dah jadi doktor. sape2 pon akan terpegun kan. agak lama juga kami dalam klinik tu. saya ada urusan dgn p.a doktor. manakala HO (housemanship a.k.a doktor junior) ni, ada beberapa borang yg perlu dilengkapkan. sambil-sambil tu kan, mata saya melilau cuba tengok kat name tag doktor tu. seindah namanya, Nur Ilahi. ye, Dr Nur Ilahi. jarang-jarang kita dengar nama tu. apa lagi, sedang doktor tu leka dgn fon nya, saya pon dgn fon sya, curi-curi amek gmbr nya. ( saya dah pon minta maaf pd nya pasal gambar ni ). die balas, takpe... huuhh lega.. macam mana boleh dapat no fon die ? adalah.... kalau Head of Department punya fon sya boleh dapat, ini kan pula HO. hihiii... jangan marah ye.. sengih je.. 

Dr Nur Ilahi bin Ramli
selang bbrp minggu lepas tu, saya cuba wassap doktor tu. tak tau lah knp. tanya kan khabar.. rupanya khabar kurang baik. nnti saya ceritakan.. tapi sblm tu, die tak bagi saya panggil die dgn gelaran Doktor. katanya belom layak lagi. memadai dgn panggilan namanya shj, Aie. search punya search...skodeng sana sini, rupa-rupanya ayahnya, adalah seorang peguam syarie. Tuan Ramli. saya kenal Tuan Ramli. 11 tahun lalu, beliau yg hendel kes perkahwinan saya. beliau seorang yg lemah lembut, tertib budi bicaranya. mudah berurusan dgn beliau sepanjang tempoh kes tersebut. tapi kini, beliau sudah tiada. baru sje meninggal dunia awal Ramadhan lalu. terkesan juga lah saya bila baca kisah pemergian beliau. ye lah, sbb beliau selesaikan kes saya dulu. mmg saya ingat akan nama Tuan Ramli. no fon pejabat dan handphone nya pon masih saya simpan dlm buku telefon. jdi pd anda yg ada masalah dari sudut agama, boleh lah berhubung pd maklumat tertera di bwh ni. kini, legasi ini diteruskan oleh balu arwah. 





terlebih dahulu, saya minta izin dari Aie utk coretan ini. katanya, `yang penting, bila org membaca, dpt dimanfaatkan oleh org lain`. insyallah coretan ini ada pengisiannya. 

`Sedikit perkongsiaan.
Seperti semua sedia maklum, arwah ayahku telah meninggal dunia pada bulan ramdhan baru2 ni.
Aku sibuk membaca buku di dalam bilik sambil arwah ayah baru sahaja pulang dari kerja. Sampai sahaja di rumah, dia terus masuk ke dalam bilik mini library dan ambil buku hadis lalu dibawa ke ruang tamu untuk dibaca. Buku hadis itu dibacanya sambil dia rehat duduk diatas kerusi.
Dipendekkan cerita,
Selang beberapa jam kemudian, ibuku dan adikku pulang ke rumah. Sampai sahaja di pintu hadapan rumah, adikku memberi salam. Ayahku duduk diatas kerusi berhadapan dengan pintu masuk di ruang tamu. Jadinya, bilamana panggilan salam dari adikku di pintu tidak disahut oleh ayah dengan keadaannya duduk diatas kerusi, menyebabkan adikku berasa sesuatu yang ganjil dengan tubuh badan ayah. Ibuku dan adikku terus menerjah masuk ke dalam rumah sambil menjerit namaku yang mana aku ketika itu duduk di dalam bilik terperanjat mendengar namaku dipanggil. Aku lalu turun ke bawah dan terus ke ruang tamu.
Ayahku tidak bergerak dan dia di dalam keadaan duduk. Aku cuba menenangkan ibu dan adikku yang dalam keadaan kesedihan teramat.
Hatiku tetap tenang ketika kejadiaan. Aku mengarahkan ibuku dan adikku pergi jauh dari situ dan aku mulakan membuat pemeriksaan ke atas arwah ayah.
Bermula dengan membuat pemeriksaan ke atas denyutan nadi, masih tidak berdenyut. Aku mula risau. Aku terus memeriksa denyutan di carotid (leher). Tetap tiada sebarang tanda2 denyutan. Kemudiaan aku terus membuat pemeriksaan nafas. Tetap tiada. Prosedur "emergency care" (ABCD) aku buat dengan teratur dan tenang.
Aku cuba menahan air mata. Aku cuba melihat matanya dan membuat pemeriksaan ke atas pupil(pupil reflex) dengan pancaran cahaya telefon. Tetap tiada respon (absent pupillary reflex). Dalam fikiranku ketika itu, adakah "brain death" telah berlaku?.
Aku tidak puas hati. Sambil aku meminta adikku menelefon ambulance, aku terus melakukan jalan terakhir untuk selamatkan ayahku iaitu dengan cara CPR ( dada ditekan, dan hembusan nafas mulut ke mulut).
Aku terus dan terus mengharapkan CPR can keep oxygenated blood flowing to the my dads brain. Semua yang aku belajar ketika di medical school aku cuba aplikasikan dan terus membayangkan semua bentuk perubahan fisiologi yang berlaku ke atas tubuh badan ayahku.
Yer...CPR memang memenatkan. Tapi, aku tetap terus dan terus berusaha dengan tangan mengigil sambil berdoa kepada Allah, "Ya allah, tolong selamatkan ayahku". Aku mengulang banyak kali doa itu di dalam hati sambil terus melakukan CPR.
Akhirnya, aku gagal. Aku gagal selamatkan nyawa insan yang aku sayangi.
Betul kata2 ayahku sebelum ini " kalau aie jadi doktor sekalipun, klau tuhan nak tarik nyawa ayah, aie takkan mampu untuk kembalikan nyawa ayah".
Inilah CPR yang pertama kali aku aplikasikan terhadap tubuh badan manusia iaitu tubuh ayahku sendiri. Sebelum ini, aku hanya lakukan ke atas patung. Tapi kali ini, tuhan menguji aku, menguji ilmu aku yang tidak seberapa untuk dilakukan ke atas insan yang paling dekat denganku.
10 min kemudiaan, ambulance sampai dan mengesahkan ayahku sudah pergi buat selama2nya.
Sekadar coretan untuk kita semua yang bergelar doktor untuk terus mengharapkan pertolongan ke atas tuhan bilamana berlakunya sebarang musibah. Yer, kita belajar tinggi2, tetap harus ingat ilmu Allah lagi luas. Kita kena rendah diri.
Ingatlah, sejujurnya, kita mampu untuk merawat semua jenis penyakit kat bumi ini, tetapi dengan terbatasnya kuasa kita sebagai hamba, PENYAKIT MATI, masih gagal untuk kita mencari penawarnya.`
                                                                                                                     coretan Aie...


sebak bila baca kisah tersebut. berulang kali saya membacanya.. diringkaskan, saya teringat kata2 ibu. ` kak, kita org perempuan, kalau mati laki, boleh cari laki lain tau. boleh kawen lain. tpi kalau ibu ayah mati, takkan ada yg sama mcm ibu ayah sendiri `. seorang doktor, hebat mana sekalipon, takkan mampu mengatasi kehebatan Allah. semuanya atas izinNya. untuk pengetahuan, Aie sendiri yg mengimamkan jenazah ayahnya. sambil baca cerita ni, sedekah kan al-fatihah untuk arwah Tuan Ramli. AL-FATIHAH......moga arwah tergolong dlm org2 yang beriman.. amin... 

========================================================================

berbalik pd cerita Aie tadi.. sedikit profile tentang diri nya secara rambang. merupakan anak sulung dari 4 org adik beradik. pelajar lulusan perubatan di Mesir. selama 6 tahun. menamatkan pengajian awal tahun 2014. mula berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan pada September 2014.. permulaan posting di wad bersalin. sesuatu telah berlaku pada Aie.. 

Dr. Nur ILahi..dimana kamu???
Sudah masuk minggu ke-3 aku berada di wad bersalin Hospital Besar Sultanah Aminah JB.
Hari ke 5 aku di wad bersalin, ianya hampir menghilangkan semangat aku untuk menjadi sebagai seorang doktor. Kerja yang banyak, ditambah dengan pekikkan suara2 jururawat dan doktor2 senior yang memarahi aku kerana kekurangan clinicalskill dan kekurangan ilmu pengetahuan mengenai ilmu obstetric(bersalin). Bukan tak tahu bila ditanya, tetapi cuma lupa. Alasan kerana sudah lama bercuti. Otak jadi karat.
Hari ke 6, disebabkan aku terlalu stress, aku telah lari dari hospital. Semua mencari aku. Banyak benda aku tak tahu. baru masuk darjah 1. Setiap hari, pasti akan dimarahi, ditengking dengan kata2 yang boleh mencabar emosi kelakian aku. Tapi, aku sabar..dan terus bersabar. Sampai satu tahap, aku tidak tahan dengan kata2 dr. Senior tersebut, aku terus lari dari situ kerana takut perkara buruk akan berlaku terhadap doktor tersebut. Maklumlah, emosi seorang lelaki bila dicabar, pasti akan tercetusnya pergaduhan. Itu normal. Lebih baik aku amik jalan, sabar dan terus berdiam diri.
Teringat kata2 sahabat aku, graduan mesir kaya dengan "attitude" yang baik. Attitude mengatasi segala2nya. Ok, kita sambung bab aku lari dari hospital. Pasti semua nak tahu sebabnya. Tapi, aku rasa tidak sesuai untuk diceritakan disini. Biarlah ianya menjadi rahsia. Cumanya, aku akan cerita, apa yang berlaku selepas itu. Ada hikmah disebalik kisah ku ini..
Kerana keadaan terlalu stress, aku ambil keputusan lari dari hospital dan balik ke rumah tanpa pengetahuan sesiapa. Kalau ikutkan hati, mahu jer aku resign dari bekerja sebagai seorang doktor. Tapi, aku fikir akan amanah dan tangungjawab yang pasti tuhan akan tanya kelak.
Bertalu2 sms dan deringan telefon sampai di telefon aku. Bermula dengan panggilan daripada doktor yang mengherdik aku, sehingga panggilan daripada head of department. Aku cuba mendiamkan diri buat seketika waktu. Kerana emosi yang kurang stabil, aku tidak menghiraukan panggilan telefon tersebut. Dipendekkan cerita, satu deparment cari aku..huhu. Apa2pun, hanya panggilan dari tuhan sahaja yang aku jawab (Panggilan yang dapat menenangkan aku ketika itu).
Keesokan harinya, emosi aku sudah mulai stabil. Aku mula menjawab sms dan whastapp daripda doktor2 yang menanyakan keadaan kondisi aku ketika itu. Ramai jgk yang whaspp aku. Aku jawab dengan tenang dan meluahkan segalanya. Aku sedih sebab aku merasakan diri ini tidak "competence". Banyak buat silap, banyak tak tahu, dan banyak alasan bilamana tidak tahu akan sesuatu.Tiba2..
Satu deringan panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Aku jawab panggilan tersebut.
"Askm, Dr Nur Ilahi ker disana", suara dari panggilan telefon.
"Yer, saya Dr Nur Ilahi, ni siapa?", aku menjawab.
"Maaf yer...ni Dr.dot..dot.Saya pengarah Hospital, boleh saya jumpa dr nur ilahi sekarang?,dia bertanya.
"Glurp(aku terngaga seketika)..ok2..boleh2..kejap lagi sya datang", aku menjawab.
Sampai sahaja aku di hospital,
Perbualan bermula..
Doktor tersebut menanyakan keadaan aku sekarang. Aku menjawab, aku stress. Kenapa apa yang aku belajar sebelum ini tidak mampu aku aplikasikan ketika bekerja?. Aku beritahu yang aku kecewa dengan diri aku.
Doktor tersebut diam dan mendengar dengan tenang sahaja. Beliau seakan seorang ibu, yang sudi mendengar luahan hati anak yang sedang sedih.Aku cerita daripada A sampailah ke Z. Setelah habis apa yang aku ingin luahkan, sekarang tiba giliran pengarah hospital tersebut berkata-kata.
"Macam nilah, doktor paham apa yang kamu rasakan. Sebelum tu doktor nak beritahu, sebenarnya doktor pun dulu graduan daripada Mesir", beliau berkata.
Aku terngaga...rasa kagum pulak tiba2.
Memang graduan dari mesir lambat sikit nak biasakan diri dengan sistem di Malaysia.Doktor dulu sorang2 kat HKL, menangis sorang2 sebab banyak benda tak tahu. Tapi, ingatlah,"its all the matter of time..go on..time will heal". Kena marah itu benda biasa, lama2 hati kamu akan jadi batu. Kamu tak perlu fikir nak tukar hospital atau tukar department. Saya faham, posting pertama kamu di wad bersalin2 sangat2 stress. Tapi percayalah, nanti kamu akan rasa lebih "YAKIN" untuk menempuh department lain bilamana kamu selesai menamatkan posting di wad besalin dan sakit puan(Obstetric & Gynae).
Panjang lagi perbualan aku dengan doktor tersebut. Cuma aku ringkaskan. Keesokan harinya, aku diberikan oleh seorang doktor senior berketurunan india sebuah buku untuk dibaca. Aku diberikan cuti dan diminta untuk menghabiskan membaca buku tersebut sebelum masuk kerja.
Aku belek2 buku tersebut, rupa2nya, ada cop salah seorang pakar O&G di hospital tersebut yang juga membaca buku tersebut. Doktor senior itu cakap, kalau kamu baca buku ni, kamu akan jadi hebat!!. Percayalah, katanya.
Doktor2 yang memarahi aku sebelum ini, sudah mula memahami siapa aku yang sebenarnya. Aku adalah seorang yang "slow learner". Perlukan bimbingan yang lebih sedikit. Mereka semua memberikan aku semangat. Mereka taknak aku pindah hospital atau tukar department lain ataupun resign. Mereka tidak mahu lepaskan aku. Aku pun tak pasti kenapa...dan kenapa?
Akhir sekali, Ingat!! Attitude mengatasi segala2nya...sabar dan sabar. Tak pandai takpe, asalkan ada semangat untuk belajar. Oklah..aku mahu sambung baca buku tersebut..harap2, ianya dapat membantu aku meneruskan kerjaya ini.
                                                                                                                                                      ( copy & paste coretan Aie )

sebenarnya, pada 23/9/2014 ( selasa ), kami berjumpa di Hutan Bandar Johor.  byk perkara kami bualkan. kalau nak di detailkan,, mmg tak sudah jwbnya. tpi lebih penceritaan tentang diri Aie.. Aie stress. sebab tekanan kerja. yela, suasana baru. maka Aie diberi cuti rehat selama 2 minggu. saya yang dengar Aie cerita pon, rasa kesian. seram pon ada. susah jugak ekk jdi doktor ni.. tpi keje doktor ni dipandang mulia. antara perkara yang kami isukan adalah, soal wanita muslim ketika bersalin. kalau kne dgn doktor lelaki ? mcmana ? dari segi aurat.  Maka Aie beri jawapan yg berhemah. katanya, mcm gini.. ni kira ayat rojak la ye. mmg betol jumlah doktor perempuan lebih daripada doktor lelaki. TETAPI...doktor perempuan di bahagian O&G terutamanya, bilamana dah kawen, mereka takde masa nak study lagi bab ni.. jdi yg ada masa, doktor lelaki lah. tu sbb, doktor lelaki lebih cekap kendalikan kes2 bersalin ni. sewajarnya, kalau doktor lelaki nak bwt pemeriksaan, terlebih dahulu, kne minta izin dari suaminya. kami doktor lelaki pon bukan suke2 nak bwt tu. tapi dah tugas. kalau dlm keadaan darurat, mmg takde doktor perempuan yg boleh buat,, mmg dibolehkan. perkara ni pon saya pernah tanya kn dgn doktor pakar saya sendiri. beliau lelaki india. sya kata, MALULAH. doktor jawab. knp nak malu. nyawa lebih penting. eerrmm...mmg isu yg panas. isu yg sensitif.. masing2 mesti ada hujahan sendiri.. saya tak pandai nak komen lebih2.. 

apa yang saya puji tentang Aie adalah, matlamat nya. Aie mahu lakukan perubahan. katanya, Aie beri cadangan di setiap bilik bersalin ( muslim ), dialuni dgn zikir2 dan ayat al-Quran. drp terjerit2 sakit katanya. yela, sama la mcm kita ni. cth bila jalan jem, mesti kita marah2. dgr pulak lagu kat radio ntah apa2 ntah. cuba kalau kita dgr lagu2 berunsur islamik, kan tenang sikit hati kita ni. mcm gitu lah lebih kurangnya.. 

seronok sebenarnya bila kita mendekati org2 yg berjawatan profesional ni. kita lebih memahami kerjaya mereka. terutama tugas yg melibatkan dgn nyawa. kdg kita ni tau nak komplen je. doktor tu mcm tu lah. doktor tu gini lah. tpi bila kita fahami mereka dgn lebih dekat, baru kita akan kata, `naseb aku tak jadi doktor`. kan3... 













                                                                                       




Saturday, September 20, 2014

Rawatan meruang


Rawatan Meruang
Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.
Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:
1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.
POSISI MERUANG
1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl
CARA MERUANG.
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Jika saya...saya gunakan Barra Gel NR.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha
, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.
Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.
Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj. Kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah "kekeringan faraj". Selepas dikorek bersama barra gel.....bilas sehingga bersih.
Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat.
Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dna lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.
Selamat mencuba!








Tips mudah hamil


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

*Memasak
*Bersenam
*Mendengar muzik
*Membaca dan mendengar audiobooks
*Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
*Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
*Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

=======================================================================

Kebanyakan pasangan suami isteri cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka antara anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya supaya tidak terlalu rapat. Jika anda dan suami berhati-hati sekalipun dengan kaedah perancangan semula jadi, kadang kala ia tetap tidak berhasil dan anda akhirnya mengandung walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil.

Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan untuk ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya.

Kaedah ini lebih efektif dan semula jadi berbanding kaedah perancangan moden yang menggunakan ubat-ubatan dan suntikan yang pasti mengandungi bahan kimia yang dibimbangi boleh berkumpul dalam badan dan berisiko kepada wanita yang mengambilnya.

Kitaran Haid

Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yg ingin mendirikan rumah tangga.

Secara teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yg didatangi haid setiap bulan adalah wanita yg subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg dipanggil sebagai 'hari subur').

Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yg tidak tetap (bukan antara 28-35 hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yg panjang (bukan antara 4-8 hari), peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.

Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:

KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.

BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.



HAID TIDAK TERATUR
--------------------------------

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

✔ Tekanan.
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

✔ Ubatan:
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

✔ Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

✔ Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

✔ Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

✔ Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

✔ Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

✔ Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

✔ Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

✔ Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.


APAKAH PCOS - PUNCA PERIOD TIDAK STABIL
-------------------------------------------------------------------


´Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS
------------------------------------------------

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.

------------------------------------------------------------------------------------------



Pakar Sakit Puan

KETUMBUHAN FIBROID
-----------------------------------

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Apakah Gejala-gejala Fibroid?

Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung.

Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen. Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.


Gangguan Haid

Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.


Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing

Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.


Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)

Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.









Apakah yang dikatakan endometriosis?
-----------------------------------------------------

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada sesetengah lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.

Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadangkala kesakitan masih ada lagi.

Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis.

Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, sama ada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak, mereka tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis, mereka menjalani pemeriksaan ultrasound melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila di bahagian dalam ditekan dengan jari doktor, bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit.

Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Sunday, September 7, 2014

bersalin normal vs pembedahan





Please.....
Before u guys dok kata.....tak valid orang bersalin ceaser kena berpantang untuk jaga kerapian faraj selepas bersalin....think again......
Mmg benar....orang bersalin c-sect...lubang faraj tak terusik dgn proses pengeluaran bayi....
Akan tetapi....
Bila buat kemutan utk kagel atau aktiviti seksual bersama suami....korang kena pakai otot mana? Otot paha ke otot perut.
Jom kita buat kegel sekarang. Cuba rasa lagi sekali. Bahagian mana yang bergerak? Perut ke peha.
Yes....perut.
Otot perut yamg menarik urat kemut kita supaya berfungsi. And guess what....korang yg c-sect....otot korang dah DIPOTONG dan DILAPAH.
So....kalau tak pantang lepas bersalin c-sect....apa korang rasa akan terjadi?
Yes.....faraj masih intact "sempit"....tapi kaku sebab tak mampu mengemut.
And bila tak mampu mengemut....macam mana nak buat kegel utk kuatkan pelvic floor. Kalau tak mampu buat kegel...lama2 longgar juga saluran farajnya dik....
Kalau dah pelvic floor tak kuat....macam mana nak elakkan masalah prolapsed in d future?
Nampak tak how c-sect really effect our sexual and daily life wahai wanita2?
So.....bg sy untung lagi yang bersalin normal. Sy yg 2 kali c-sect ni pun....punya hati2 dalam penjagaan pantang.
Supaya apa?
Supaya mampu jadi isteri yg berfungsi sihat...sampai tua.
Maaf jika anda rasa sy terlalu open. And guess what....pm sy penuh perihal masalah wanita yang tidak mampu perform. Dan kebanyakkannya.....mmg tidak berpantang.
So....bila suami dh merungut....atau suami jenis touch n go sekadar melepaskan tanggungjawab....maka dimana kebahagian dan keintiman rumahtangga.
Bidan dulu2...mmg maklum tentang perihal ni. Sbb tu selalu momokkan perihal suami cari lain. Sbb nilai malu mereka sangat2 tinggi. Mereka tak mampu berterus terang. Ttp budak2 zaman sekarang....degil tak bertempat. So maaf jika sy terpaksa cerita selak dalam kain.
No joke ok bila suami isteri dh start menjeling tidak puas. No joke. I just want our society have long lasting marriage. Thats all. Take it. Or leave it.




Apakah Itu Suntikan Epidural Semasa Bersalin?

Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan ketika bersalin. Lebih daripada 50% wanita yang melahirkan anak di hospital menggunakan epidural anestesia. Ibu hamil harus mempelajari sebanyak mungkin tentang pilihan melegakan kesakitan supaya anda akan lebih bersedia untuk membuat keputusan semasa proses kelahiran. Anda harus memahami jenis epidurals, cara penggunaan, manfaat dan risiko untuk membantu anda dalam membuat keputusan semasa kelahiran bayi.

Apakah suntikan epidural?

Suntikan epidural bius tempatan akan melegakan kesakitan di bahagian badan tertentu sahaja. Epidurals menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan sensasi pada bahagian separuh bawah badan. Ubat epidural dikelaskan dalam ubat-ubatan yang dikenali sebagai anestetik tempatan, seperti bupivacaine, chloroprocaine, atau lidocaine.

Bagaimana epidural disuntik?

Cecair intravena (IV) akan mula disalurkan kepada ibu hamil sebelum kelahiran peringkat aktif bermula dan sebelum prosedur meletakkan epidural. Anda akan diminta untuk menoleh belakang anda dan kekal berbaring di sebelah kiri anda atau duduk. Kedudukan ini adalah penting untuk mencegah masalah dan meningkatkan keberkesanan epidural. Antiseptik akan digunakan untuk membersihkan kawasan pinggang belakang bahagian bawah untuk mengurangkan peluang jangkitan kuman. Anda akan disuntik dengan anestetik setempat di belakang anda supaya bahagain belakang anda dibius. Jarum akan dimasukkan ke dalam kawasan bius di sekeliling saraf tunjang di bahagian bawah belakang anda. Selepas itu, satu tiub yang kecil atau kateter akan disalur dalam melalui jarum ke dalam ruang epidural. Jarum kemudian dikeluarkan dengan perlahan, meninggalkan kateter di tempat untuk memberi ubat sama ada melalui suntikan berkala atau suntikan berterusan. Kateter akan dilekatkan ke belakang untuk mengelakkan daripada terjatuh.

Apakah faedah suntikan epidural?

Membenarkan anda untuk berehat jika proses kelahiran bayi berpanjangan.
Mengurangkan ketidakselesaan semasa bersalin, sebahagian wanita mempunyai pengalaman bersalin yang lebih positif
Biasanya, epidural akan membolehkan anda kekal sedar dan masih mempunyai tenaga untuk meneran dalam proses bersalin.
Jika anda melahirkan anak secara cesarean, bius epidural akan membolehkan anda berjaga dan juga memberikan kelegaan kesakitan yang berkesan semasa pemulihan
Apabila mekanisme jenis lain tidak lagi membantu mengatasi kesakitan, epidural boleh membantu anda mengurangkan keletihan, keresahan, berehat, boleh fokus dan memberi anda kekuatan untuk proses kelahiran bayi anda.

Apakah kesan suntikan epidural?

Epidurals boleh menyebabkan tekanan darah anda jatuh tiba-tiba. Oleh itu, tekanan darah anda akan diperiksa rutin untuk membantu dan memastikan aliran darah yang mencukupi untuk bayi anda. Jika terdapat penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, anda mungkin perlu dirawat dengan cecair IV, ubat-ubatan, dan oksigen.

Anda mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk yang disebabkan oleh kebocoran cecair tulang belakang. Kurang dari 1% wanita mengalami kesan sampingan ini. Jika gejala berterusan, prosedur yang dipanggil "blood patch", merupakan proses suntikan darah anda ke dalam ruang epidural untuk melegakan sakit kepala.

Selepas epidural anda diletakkan, anda perlu berbaring mengiring di atas katil dan mempunyai pemantauan berterusan untuk mengesan perubahan dalam kadar denyutan jantung janin. Berbaring di sisi kadang-kadang boleh menyebabkan proses kelahiran bayidiperlahankan atau dihentikan.
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti berikut: menggigil, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau kesukaran membuang air kecil.
Anda mungkin mendapati bahawa epidural anda membuat anda lebih sukar untuk meneran dan kaedah bantuan seperti Pitocin, forcep, vakum atau cesarean mungkin diperlukan.
Untuk beberapa jam selepas proses kelahiran, separuh bahagian bawah badan anda mungkin berasa kebas. Kebas akan memerlukan anda berjalan dengan bantuan.
Dalam keadaan yang jarang berlaku, kerosakan saraf yang kekal boleh terjadi akibat kawasan di mana kateter dimasukkan
Photo: Apakah Itu Suntikan Epidural Semasa Bersalin?

Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan ketika bersalin. Lebih daripada 50% wanita yang melahirkan anak di hospital menggunakan epidural anestesia. Ibu hamil harus mempelajari sebanyak mungkin tentang pilihan melegakan kesakitan supaya anda akan lebih bersedia untuk membuat keputusan semasa proses kelahiran. Anda harus memahami jenis epidurals, cara penggunaan, manfaat dan risiko untuk membantu anda dalam membuat keputusan semasa kelahiran bayi.

Apakah suntikan epidural?

Suntikan epidural bius tempatan akan melegakan kesakitan di bahagian badan tertentu sahaja. Epidurals menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan sensasi pada bahagian separuh bawah badan. Ubat epidural dikelaskan dalam ubat-ubatan yang dikenali sebagai anestetik tempatan, seperti bupivacaine, chloroprocaine, atau lidocaine.

Bagaimana epidural disuntik?

Cecair intravena (IV) akan mula disalurkan kepada ibu hamil sebelum kelahiran peringkat aktif bermula dan sebelum prosedur meletakkan epidural. Anda akan diminta untuk menoleh belakang anda dan kekal berbaring di sebelah kiri anda atau duduk. Kedudukan ini adalah penting untuk mencegah masalah dan meningkatkan keberkesanan epidural. Antiseptik akan digunakan untuk membersihkan kawasan pinggang belakang bahagian bawah untuk mengurangkan peluang jangkitan kuman. Anda akan disuntik dengan anestetik setempat di belakang anda supaya bahagain belakang anda dibius. Jarum akan dimasukkan ke dalam kawasan bius di sekeliling saraf tunjang di bahagian bawah belakang anda. Selepas itu, satu tiub yang kecil atau kateter akan disalur dalam melalui jarum ke dalam ruang epidural. Jarum kemudian dikeluarkan dengan perlahan, meninggalkan kateter di tempat untuk memberi ubat sama ada melalui suntikan berkala atau suntikan berterusan. Kateter akan dilekatkan ke belakang untuk mengelakkan daripada terjatuh.

Apakah faedah suntikan epidural?

Membenarkan anda untuk berehat jika proses kelahiran bayi berpanjangan.
Mengurangkan ketidakselesaan semasa bersalin, sebahagian wanita mempunyai pengalaman bersalin yang lebih positif
Biasanya, epidural akan membolehkan anda kekal sedar dan masih mempunyai tenaga untuk meneran dalam proses bersalin.
Jika anda melahirkan anak secara cesarean, bius epidural akan membolehkan anda berjaga dan juga memberikan kelegaan kesakitan yang berkesan semasa pemulihan
Apabila mekanisme jenis lain tidak lagi membantu mengatasi kesakitan, epidural boleh membantu anda mengurangkan keletihan, keresahan, berehat, boleh fokus dan memberi anda kekuatan untuk proses kelahiran bayi anda.

Apakah kesan suntikan epidural?

Epidurals boleh menyebabkan tekanan darah anda jatuh tiba-tiba. Oleh itu, tekanan darah anda akan diperiksa rutin untuk membantu dan memastikan aliran darah yang mencukupi untuk bayi anda. Jika terdapat penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, anda mungkin perlu dirawat dengan cecair IV, ubat-ubatan, dan oksigen.

Anda mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk yang disebabkan oleh kebocoran cecair tulang belakang. Kurang dari 1% wanita mengalami kesan sampingan ini. Jika gejala berterusan, prosedur yang dipanggil "blood patch", merupakan proses suntikan darah anda ke dalam ruang epidural untuk melegakan sakit kepala.

Selepas epidural anda diletakkan, anda perlu berbaring mengiring di atas katil dan mempunyai pemantauan berterusan untuk mengesan perubahan dalam kadar denyutan jantung janin. Berbaring di sisi kadang-kadang boleh menyebabkan proses kelahiran bayidiperlahankan atau dihentikan.
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti berikut: menggigil, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau kesukaran membuang air kecil.
Anda mungkin mendapati bahawa epidural anda membuat anda lebih sukar untuk meneran dan kaedah bantuan seperti Pitocin, forcep, vakum atau cesarean mungkin diperlukan.
Untuk beberapa jam selepas proses kelahiran, separuh bahagian bawah badan anda mungkin berasa kebas. Kebas akan memerlukan anda berjalan dengan bantuan.
Dalam keadaan yang jarang berlaku, kerosakan saraf yang kekal boleh terjadi akibat kawasan di mana kateter dimasukkan






Kenapa Rahim Bengkak ?


Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.
Ok.
Basically,
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.
So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah operation?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.
Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.
Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.
Take care of your health.
Wanita - Anda Istimewa 
Luv,
Dr. Malinda